Berita Harian

Netflix pecat Kevin Spacey

-

New York: Rangkaian televisyen internet terkemuka dunia, Netflix, menggugurk­an pelakon Kevin Spacey, yang semakin tergugat kerjayanya susulan tuduhan serangan seksual.

Pada masa sama, polis mengumpul bukti untuk mengeluark­an waran tangkap terhadap penerbit Harvey Weinsterin atas dakwaan merogol.

Spacey, pemenang Oscar sebanyak dua kali yang dianggap pelakon paling berbakat pada zamannya, kini dilabel sebagai sampah hiburan.

Dilapor disiasat polis Britain kerana menyerang seorang lelaki di London pada 2008, Spacey dituduh secara terbuka cuba merogol remaja lelaki berusia 15 tahun di New York dan cuba menggoda seorang lagi remaja berusia 14 tahun.

Putus hubungan

Pegawai publisiti dan ejennya sudah memutuskan hubungan dengan Spacey, manakala Netflix menjadi entiti terbaru berbuat demikian.

Netflix tidak lagi terbabit dalam penerbitan seterusnya siri popular ‚House of Cards‘ yang turut dilakonkan aktor berusia 58 tahun itu.

Penerbitan musim terakhir siri popular itu yang dijangka ditayangka­n pada 2018 juga sudah digantung.

“Netflix tidak akan terbabit lagi dengan sebarang penerbitan masa depan House of Cards yang dilakonkan Spacey,” kata jurucakap syarikat itu.

Sementara itu di London, pihak polis berkata, mereka sudah membuka kertas siasatan berhubung tuduhan gangguan seksual berkenaan.

Namun, pegawai terbabit enggan mendedahka­n identiti suspek yang terbabit dalam siasatan itu sehingga mereka didakwa di mahkamah, tetapi media Britain mendakwa ia adalah Spacey.

AFP

 ??  ?? Kevin Spacey
Kevin Spacey

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia