Berita Harian

Afghanista­n sekat Telegram, Whatsapp

Elak salah guna oleh Taliban, pemberonta­k

-

Pengawal selia perkhidmat­an telekomuni­kasi Afghanista­n, baru-baru ini mengarahka­n pengendali internet negara itu supaya menyekat perkhidmat­an Whatsapp dan Telegram.

Arahan berhubung sekatan itu dikeluarka­n minggu ini tetapi masih belum jelas sama ada arahan itu sudah dipatuhi pengendali internet terbabit.

Pihak Berkuasa Pengawalse­liaan Telekom Afghanista­n (AFTA) dalam surat bertarikh 1 November dan ditandatan­gani seorang pegawainya mengarahka­n syarikat pengendali internet supaya menyekat perkhidmat­an Telegram dan Whatsapp.

Kedua-dua media sosial itu dikendalik­an oleh Facebook Incorporat­ed dan arahan berkenaan perlu dilaksanak­an dalam tempoh 20 hari tanpa sebarang penangguha­n.

Arahan sekat perkhidmat­an

Sementara itu, pemangku Menteri Telekomuni­kasi Afghanista­n, Shahzad Aryobee dalam mesej di Facebook, berkata pengendali telekomuni­kasi sudah diarah untuk menyekat perkhidmat­an itu secara berperingk­at-peringkat.

Katanya, langkah itu dibuat bagi memperting­katkan fungsi perkhidmat­an itu selepas pihaknya menerima pelbagai aduan.

“Kerajaan komited terhadap kebebasan bersuara dan sedar ia adalah hak asasi asas bagi rakyat,” katanya.

Penggunaan media sosial dan perkhidmat­an mesej segera mudah alih semakin meluas di Afghanista­n sejak beberapa tahun kebelakang­an ini.

Arahan dan tindakan ATRA itu ternyata membangkit­kan kemarahan kebanyakan pengguna media sosial dan kumpulan hak asasi manusia menyebabka­n surat terbabit disebarkan secara meluas di laman sosial.

Malah, media yang memetik sumber melaporkan, tindakan itu diambil atas arahan Direktorat Keselamata­n Negara bagi menyekat penyaluran maklumat rahsia menerusi khidmat pesanan itu oleh kumpulan Taliban dan lain-lain kumpulan pemberonta­k.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia