Berita Harian

Insentif tunai lebih mudah hentikan perokok

-

Miami: Perokok yang ditawarkan insentif tunai lebih mudah berhenti merokok berbanding mereka yang hanya diberikan kaedah bagaimana untuk berhenti, menurut satu kajian di Amerika Syarikat.

“Pendekatan ini mungkin berkesan mengurangk­an jumlah perokok,” kata laporan yang diterbitka­n dalam Jurnal Persatuan Perubatan Dalaman Amerika (JAMA).

Sejak beberapa tahun lalu, didapati satu perlima penduduk Amerika Syarikat adalah perokok dan jumlah perokok dalam kalangan penduduk miskin adalah lebih tinggi dengan 26 peratus daripada mereka hidup di bawah paras kemiskinan.

Dilaporkan, hanya 14 peratus perokok wujud dalam kalangan individu bukan miskin.

Sementara itu, ujian klinikal secara rawak itu membabitka­n 352 responden di Boston, Massachuse­tts. Semua responden dipilih daripada individu yang berada di bilik menunggu hospital dan semuanya merokok lebih 10 batang rokok sehari serta mempunyai keinginan untuk berhenti.

Ada di antara mereka diberikan risalah dan senarai bantuan komuniti untuk membantu berhenti merokok. Ada yang mendapat sesi kaunseling tambahan dan dimaklumka­n mereka akan diberi bayaran tunai jika berhenti merokok.

Bagaimanap­un, peserta tidak dimaklumka­n mengenai jumlah bayaran yang bakal diperoleh, jika berhenti apabila mereka menyertai kajian selama setahun itu.

Dalam tempoh separuh tahun, mereka yang berhenti dibayar AS$250 (RM1,057) dan dimaklumka­n mereka akan menerima ganjaran tunai tambahan AS$500 (RM2,115), jika tidak merokok selama setahun.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia