Berita Harian

Calon Ratu Cantik Peru bangkit isu dera wanita

-

Lima: Peserta pertanding­an Ratu Universe Peru mencipta kejutan, baru-baru ini apabila memecahkan tradisi tidak mempamerka­n ukuran tubuh mereka, sebaliknya membacakan statistik mengenai keganasan terhadap wanita.

Penganjur juga menyertai acara itu dalam menunjukka­n bahan baru mengenai kes serangan berdasarka­n jantina.

Dua puluh tiga bakal ratu negara itu berharap dapat memasuki pertanding­an akhir Ratu Universe, bulan ini di Las Vegas.

Tahun lalu, ribuan wanita berarak di Peru menentang keganasan berdasarka­n jantina.

Dalam pertanding­an berkenaan, peserta mengambil bahagian membacakan data mengejutka­n mengenai serangan ke atas wanita, berbanding memberikan saiz punggung, pinggang dan payudara.

Seorang peserta berkata, seorang gadis maut setiap 10 minit disebabkan eksploitas­i seksual di negara itu.

Sementara seorang lagi berkata, lebih 70 peratus wanita di negara itu adalah mangsa gangguan di jalan raya.

Penonton terkejut

Televisyen menunjukka­n penonton terkejut kerana menjangkak­an hiburan ringan seperti sebelum ini.

Penganjur pertanding­an, Jessica Newton, berkata: “Malangnya, ramai wanita tidak tahu dan menyangka ia adalah kes terpencil.

“Saya rasa bahawa hakikat anda melihat kepada wakil daerah anda, memberikan perangkaan sebenar mengenai apa yang berlaku di negara ini adalah membimbang­kan.”

Katanya, daripada 150 peserta di Peru yang memulakan pertanding­an itu, lima menjadi mangsa keganasan termasuk rogol.

 ??  ?? Ratu Peru 2017, Romina Lozano turut berkongsi pandangan sama dengan peserta lain mengenai kes keganasan terhadap wanita.
Ratu Peru 2017, Romina Lozano turut berkongsi pandangan sama dengan peserta lain mengenai kes keganasan terhadap wanita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia