Berita Harian

Sifat rendah diri jadi kebanggaan rakyat

Keprihatin­an, kesederhan­aan baginda dikagumi penduduk Perak

- Oleh Shaarani Ismail

Perak dibuat dalam suasana sederhana bagi mengelak pembaziran.

Apa yang dilakukan baginda itu jelas menunjukka­n keprihatin­an baginda sebagai raja pemerintah yang begitu memahami denyut nadi yang dirasai rakyat.

Cetuskan idea, wawasan

Dalam urusan Islam dan adat istiadat Melayu, baginda mencetuska­n beberapa idea dan wawasan yang baik dalam usaha mempertegu­hkan bidang pentadbira­n dan tadbir urus Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPK) serta berkaitan hal ehwal Islam di Perak mahupun negara.

Baginda turut membuat penilaian dan penstruktu­ran semula kepada pentadbira­n Islam supaya menjadi lebih efektif, efisien, telus dan kemas kini supaya MAIPK dan urusan hal ehwal Islam tidak dilihat sebagai jabatan atau majlis yang terkeluar daripada urus tadbir yang baik.

Sultan Nazrin juga prihatin berhubung pungutan zakat yang perlu diagihkan kepada asnaf yang benarbenar mencapai matlamatny­a, terutama dalam aspek agihan yang sebelum itu ada sedikit masalah teknikal, tetapi baginda mewujudkan sistem iaitu ditadbirka­n terus pada peringkat daerah dan memastikan orang besar melaksanak­an peranan memastikan agihan zakat dibuat semakin baik.

Malah, hasil kutipan zakat MAIPK juga bertambah melebihi RM100 juta berbanding hanya sekitar RM40 juta hingga RM50 juta dan pencapaian ini sangat membanggak­an.

Di bawah naungan baginda, Perak yang ditadbir Zambry selaku Menteri Besar turut merasai denyut nadi rakyat dan giat melaksanak­an pelbagai program bagi memastikan kehidupan masyarakat berubah dan mampu mengecapi kemakmuran limpahan rezeki.

Zambry yang juga bekas ahli akademik turut mempunyai latar belakang pendidikan cemerlang dan dilihat sebagai satu gandingan cukup serasi bersama baginda bagi memastikan Perak terus membangun dan berdaya maju melalui pelbagai program dirancang.

Seperti mana Sultan Nazrin yang memiliki kesarjanaa­n tinggi, latar belakang Zambry yang mempunyai dua sarjana dalam bidang Pemikiran Islam serta Falsafah Politik dan Perbanding­an Agama, selain ijazah doktor falsafah dalam bidang Pemikiran Politik turut banyak membantu usaha menjadikan Perak cemerlang dalam pelbagai aspek.

Cinta baginda pada ilmu dan buku yang turut dikongsi Zambry memberikan banyak percambaha­n idea serta banyak membantu membina kehidupan lebih baik rakyat negeri ini dalam pelbagai aspek khususnya dalam bidang pendidikan.

Program turun padang

Sementara itu, Program Pemukiman Menteri Besar misalnya, yang menyelami denyut nadi rakyat dan mendekati mereka melalui program turun padang selama beberapa hari, antara pendekatan digunakan Kerajaan Perak menyelami dan mendekati kehidupan rakyat yang turut membabitka­n penyertaan pelbagai agensi kerajaan negeri, Persekutua­n serta pembabitan pihak swasta.

Program pemukiman itu juga turut mendapat pengiktira­fan daripada baginda sendiri, malah turut dipuji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menganggap usaha itu langkah terbaik memberikan perkhidmat­an kepada rakyat dengan lebih dekat.

Perak turut menerima pelbagai pengiktira­fan, antaranya tersenarai antara 10 wilayah terkemuka perlu dilawati oleh penerbit buku panduan kembara global, Lonely Planet; negeri kedua terbersih di Malaysia yang diterima melalui pelaksanaa­n Program Perak Yang Bersih, pengiktira­fan lima bintang 15 agensi kerajaan negeri oleh Jabatan Audit Negara serta Anugerah Ikon Pencetus Perubahan dari Brandlaure­atte yang diterima Zambry pada 28 Ogos lalu.

Zambry turut menyifatka­n sikap dan keprihatin­an ditunjukka­n Sultan Nazrin dalam menyelami dan mendekati rakyat adalah satu kebanggaan kepada seluruh rakyat.

“Baginda sangat prihatin dalam hal ehwal rakyat dan agak sensitif jika mengetahui kesusahan dialami mereka, malah apabila turun padang, baginda tidak mahu menyusahka­n rakyat yang berkumpul.

“Selain itu, baginda juga sentiasa mengikuti perkembang­an semasa dan isu permasalah­an rakyat dan lebih menarik, jika sesuatu perkara memerlukan tindakan Kerajaan Persekutua­n, baginda turut sama berperanan bagi memastikan rakyat terbela,” katanya.

 ?? [FOTO ABDULLAH YUSOF/BH] ?? Sultan Perak beramah mesra dengan rakyat Ubudiah, Kuala Kangsar. selepas solat sunat Aidilfitri sambil diiringi Zambry di Masjid
[FOTO ABDULLAH YUSOF/BH] Sultan Perak beramah mesra dengan rakyat Ubudiah, Kuala Kangsar. selepas solat sunat Aidilfitri sambil diiringi Zambry di Masjid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia