Berita Harian

Sunway Lagoon janji percutian hebat

Penginapan selesa, lokasi strategik, hiburan karakter animasi popular

- Oleh Zubir Mohd Yunus zubir_yunus@bh.com.my

Menikmati saat riang membelibel­ah dan bersuka-ria di taman tema air hanya dengan berjalan kaki kurang daripada 10 minit apabila anda menginap di Hotel Sunway Pyramid yang kini berwajah baharu!

Bagi mengelakka­n kesesakan lalu-lintas dan hiruk-pikuk yang mampu ‘merosakkan’ suasana percutian, penginapan di hotel ini adalah pilihan bijak dengan tawaran harga berpatutan.

Terletak di kawasan segi tiga emas iaitu Persiaran Lagoon, Bandar Sunway, Selangor, lokasi strategik bercuti hujung minggu.

Bagi penulis, tetamu yang membawa anak kecil berpeluang menikmati pemandanga­n taman tema air Sunway Lagoon terus dari bilik anda apabila menginap di Deluxe Park View, adalah pilihan tepat. Sekalipun biliknya berkeluasa­n sederhana, panorama indah yang ditawarkan mampu membuatkan si kecil tidak lena tidur menantikan hari esok yang terasa amat panjang gara-gara tidak sabar untuk bermain air.

Tangga bergerak hubung taman tema

Sebagai nilai tambah, tetamu perlu menggunaka­n kemudahan tangga bergerak yang ditempatka­n di aras lobi, bersebelah­an hotel menuju pintu masuk ke Surf Beach, Sunway Lagoon dengan perjalanan tidak sampai 10 minit.

Justeru, kepada tetamu hotel percutian ke Bandar Sunway, pasti menjanjika­n keriangan berganda apabila mereka bebas daripada masalah kesesakan lalu-lintas.

Sementara itu, tidak lengkap kunjungan ke Sunway Lagoon apabila tidak membawa si kecil ke taman tema Nickelodeo­n Lost lagoon untuk ‘bersemuka’ dengan karakter popular siri animasi televisyen antarabang­sa.

Terpegun aksi karakter animasi

Karakter animasi seperti Teenage Mutant Ninja Turtles hadir bersama kenderaan khas dikenali Shellraise­r, Spongebob & Patrick dan Dora the Explorer & Boots.

Kehadiran karakter ini pasti membuatkan anakanak terpesona dengan keletah lucu mereka setiap kali membuat kemunculan pada sesi bertemu peminat.

Paling istimewa, pengunjung tidak harus melepaskan detik keriangan dikenali Slime Time iaitu curahan air berwarna hijau di Spongebob Splash Adventure bermula jam 4 petang setiap hari.

Penulis beri jaminan, aktiviti Slime Time pasti meninggalk­an kenangan manis buat semua tetamu, maka cubalah sendiri, anda pasti puas hati!

 ??  ?? Teenage Mutant Ninja Turtles hadir bersama kenderaan Shellraise­r.
Teenage Mutant Ninja Turtles hadir bersama kenderaan Shellraise­r.
 ??  ?? Penginapan di bilik Deluxe Park View tawar panorama indah taman tema air.
Penginapan di bilik Deluxe Park View tawar panorama indah taman tema air.
 ??  ?? Dora the Explorer & Boots gamit kehadiran pengunjung.
Dora the Explorer & Boots gamit kehadiran pengunjung.
 ??  ?? Hotel dikeliling­i taman tema air dan pusat beli-belah.
Hotel dikeliling­i taman tema air dan pusat beli-belah.
 ??  ?? Curahan air berwarna hijau detik riang Slime Time.
Curahan air berwarna hijau detik riang Slime Time.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia