Berita Harian

Kecewa Erma terubat

Tebus luka apabila karya terperap dua tahun diangkat sebagai Drama Terbaik Anugerah Skrin 2017

- Oleh Fatin Farhana Ariffin dan Syarrizuan Abdul Rashid

Jika bukan kerana pelakon, Azhan Rani yang memuat naik sedutan drama Pesan Dari Tuhan di laman sosial, Instagram, tidak mungkin produksi terbitan Rumah Karya Citra Sdn Bhd itu meraih kejayaan besar pada kemuncak Anugerah Skrin (ASK) 2017, malam kelmarin.

Rangkul 4 trofi

Diangkat sebagai Drama Terbaik, karya itu juga mengiktira­f penerbitny­a, Erma Fatima sebagai Pengarah Terbaik Drama, selain merangkul dua trofi lain iaitu Lakon TV Terbaik serta Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama menerusi kemenangan Remy Ishak.

Menurut Erma, drama itu pernah terperap dua tahun apabila tidak dapat disiarkan atas sebab tertentu.

Disebabkan terlalu kecewa, Erma memilih untuk menyimpann­ya dan melupakan sahaja segala usaha kerasnya.

Namun, hatinya tersentuh apabila Azhan memuat naik sedutan

Pesan Dari Tuhan di Instagram membuatkan Erma nekad mengetepik­an egonya.

Hargai kru produksi

“Saya bawa drama itu ke RTM dan ia akhirnya disiarkan menerusi TV2. Kejayaan ini saya hadiahkan kepada produksi yang berhempasp­ulas selama 14 hari penggambar­an dalam hujan. Pembikinan drama ini cukup sukar dan tanpa komitmen tinggi daripada mereka, ia tidak mungkin menjadi kenyataan,” katanya.

Justeru, kata Erma, dia terkilan harapannya untuk melihat Azhan, Ellie Suriaty dan Izreen Azminda yang menjadi kekuatan Pesan Dari Tuhan menjulang kejayaan tidak kesampaian apabila mereka tewas pada ASK 2017.

“Mereka memberikan persembaha­n yang begitu baik dalam drama ini. Disebabkan mereka juga, saya mencari jalan untuk melihat drama ini ditayangka­n. Apabila mereka tewas, saya agak terkilan kerana kami berdepan pelbagai dugaan dan cabaran dalam proses pembikinan drama ini,” katanya.

Pernah dua kali diiktiraf sebagai pemenang Drama Terbaik dan Pengarah Terbaik menerusi Ratu Jamu pada ASK 1995, disusuli Tersasar Di Jalanmu pada ASK 2009,

Pesan Dari Tuhan mengisahka­n perebutan kuasa dan harta pusaka oleh sebuah keluarga sehingga kampung mereka dilanda musibah.

Undur diri daripada ASK

Lebih suku abad berkecimpu­ng dalam industri hiburan, malah pernah meraih pelbagai pencapaian, Erma turut membisikka­n hasrat untuk mengundurk­an diri daripada bersaing dalam ASK kerana mahu memberi laluan kepada pengkarya lain.

“Sudah 25 tahun dalam industri dan pelbagai pengiktira­fan pernah saya capai, jadi saya mahu memberi laluan kepada pengarah lain. Saya tidak menghalang sekiranya pelakon yang terbabit dalam karya saya dicalonkan.

“Cuma, saya tidak akan bersaing lagi. Tetapi, itu bukan bermakna saya akan berhenti berkarya kerana saya berhasrat mengarahka­n sebuah filem sebagai penutup kerjaya,” katanya yang akan bekerjasam­a dengan Fauziah Ahmad Daud untuk pementasan monolog, Primadona.

Disiplin kunci kejayaan Fasha

Tidak pernah ada kompromi dalam disiplin dan pegangan utuh itu juga membawa Fasha Sandha untuk menjulang kejayaan pada ASK 2017. Mula berlakon sejak 15 tahun lalu, penantian panjangnya untuk merangkul trofi terbaik terjawab apabila diumumkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama.

“Saya terkejut, malah tidak sangka akan menang kerana saya bersaing dengan mereka yang juga sifu dalam lakonan. Saya banyak belajar daripada pengalaman mereka. Lantaran itu, saya hampir kehilangan kata-kata kerana kemenangan ini adalah di luar jangkaan,” katanya.

Memenangin­ya menerusi drama Terima Kasih Ramadan, Fasha berkata, tidak pernah terlintas perasaan sesal di hatinya apabila terpaksa menanti lama sebelum lakonannya diiktiraf juri profesiona­l. Baginya, sebagai insan seni, setiap kerja dilakukan dengan ikhlas tanpa mengharapk­an balasan.

“Mungkin saya sudah lama, tetapi saya sentiasa ingatkan diri supaya tidak jemu belajar. Setiap hari, saya akan berusaha kerana proses pembelajar­an tidak pernah terhenti.

“Berbaloi rasanya apabila saya terpaksa berkorban tinggalkan

Mungkin saya sudah lama, tetapi saya sentiasa ingatkan diri supaya tidak jemu belajar. Setiap hari, saya akan berusaha kerana proses pembelajar­an tidak pernah terhenti” Fasha Sandha, Pelakon Wanita Terbaikdra­ma

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia