Berita Harian

Isner gah singkir del Potro

Bintang AS cerah peluang mara ke final Jelajah ATP di London

-

John Isner menghampir­i pentas final Jelajah ATP apabila mara ke separuh akhir Masters Paris menerusi kemenangan 6-4, 6-7(5), 64 ke atas pemain Argentina, Juan Martin del Potro, kelmarin ketika kejohanan itu dikejutkan dengan penarikan diri Rafael Nadal.

Pemain Amerika Syarikat (AS) itu yang juga naib juara tahun lalu perlu menjuarai kejohanan ini untuk menempah slot terakhir ke kejohanan penutup tirai di O2 di London pada 12 hingga 19 November ini.

Del Potro mungkin meraih slot berkenaan jika memenangi perlawanan itu tetapi Isner yang juga pilihan kesembilan, lebih konsisten untuk pertemuan berikutnya dengan pemain kelayakan dari Serbia, Filip Krajinovic.

Krajinovic mara selepas pemain nombor satu dunia, Nadal menarik diri akibat kecederaan.

Nadal alami kecederaan

Nadal memaklumka­n dia mengalami kecederaan kaki kanan, sekali gus bakal menyaksika­n penyertaan­nya di Final ATP minggu depan masih tidak menentu.

Penyokong di sini juga tidak lagi dapat menyaksika­n kelibat bintang handalan berkenaan.

Bagaimanap­un, penyokong tuan rumah masih boleh bergembira apabila pemain atas tiket wild card, Julien Benneteau menewaskan pilihan ketiga dari Croatia, Marin Cilic 7-6(5), 7-5 untuk menyertai kelompok empat terakhir.

Dia akan bertemu pemain AS, Jack Sock yang kekal dalam saingan merebut tiket terakhir Final ATP menerusi kemenangan 6-7(3), 6-2, 6-3 ke atas pemain Sepanyol, Fernando Verdasco.

Sock memerlukan hampir dua setengah jam dan lima mata penamat sebelum berjaya menjinakka­n Verdasco, dalam aksi mendebarka­n yang tamat pada jam 1 pagi waktu tempatan.

Pablo Carreno Busta ketika ini berada di senarai teratas untuk meraih tiket terakhir final penutup tirai itu, tetapi Isner atau Sock mungkin memintas pemain Sepanyol berkenaan jika menjulang gelaran di Paris.

 ??  ?? Isner mara ke separuh akhir Masters Paris selepas menewaskan del Potro 6-4, 6-7(5), 6-4, kelmarin.
Isner mara ke separuh akhir Masters Paris selepas menewaskan del Potro 6-4, 6-7(5), 6-4, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia