Berita Harian

Misi besar Morata, Lukaku

Aksi Chelsea-united malam ini bakal bertumpu pada dua peledak sensasi

-

̌

Alvaro Morata dan Romelu Lukaku berdepan tekanan menjulang pasukan mereka kembali ke landasan memburu gelaran liga apabila kedua-duanya yang sedikit merudum, bakal terbabit dalam pertembung­an Chelsea - Manchester, hari ini.

Penyerang Chelsea, Morata dan peledak United, Lukaku - keduajarin­gan duanya melonjak dengan gol di awal musim selepas berpindah ke kelab baharu mereka.

Namun, ketika Chelsea dan United perlu terus menang untuk menghambat pendahumor­ata lu, Manchester City, dan Lukaku kehilangan sentuhan penyudah sekali gus menjadikan mereka bakal menjadi tumpuan dalam perlawanan di Stamford Bridge.

Jose Mourinho mendapatka­n Lukaku dari Everton selepas berjaya memujuk penyerang Belgium ini supaya mengenepik­an tawaran bos The Blues, Antonio Conte.

Lukaku bermula baik apabila menjaringk­an 11 gol dalam 10 perpemain lawanan. Bagaimanap­un, berusia 24 tahun ini bergelut dalam enam perlawanan terakhir, sejak akhir Sep

tember lalu.

Situasi itu mengecewak­an penyokong United dan menyalahka­n Mourinho kerana gagal memberikan sokongan penuh kepada penyerang itu ketika mereka menang ke atas Tottenham, minggu lalu.

Lukaku bagaimanap­un memberi maklum balas, dia masih bekerja keras untuk mencapai kemuncak prestasi.

“Kamu tidak boleh menghakimi saya seolah-olah semuanya sudah berakhir. Saya lebih rela jika prestasi meningkat tahun demi tahun berbanding jika terus berada di puncak dan merudum,” katanya.

Berbelanja besar

“Saya tahu, saya memiliki bakat, tetapi saya juga mahu membantu pasukan. Saya mahu pastikan, apabila pasukan bergelut, mereka boleh mengharapk­an saya.

Selepas terlepas peluang mendapatka­n Lukaku, Conte berbelanja besar untuk mengikat Morata dari Real Madrid.

Seperti Lukaku, pemain Sepanyol berusia 25 tahun ini gagal meledak dalam enam aksi terakhir, sekali gus menerima kritikan peminat.

Morata juga mendakwa, media tersilap tafsir kata-katanya ketika sesi temuramah apabila dia memberi bayangan tidak akan kekal lama di Chelsea kerana tidak begitu gembira dengan kehidupan di sini.

Conte, yang melakukan ujian kecergasan terakhir ke atas N’golo Kante berikutan kecederaan hamstring menegaskan, Chelsea tidak boleh melakukan sebarang kesilapan jika mahu menghambat United dan City.

“Semua pasukan berdepan masalah besar untuk mengejar gelaran liga dan masalahnya ialah Manchester City,” kata Conte.

Saya tahu, saya memiliki bakat, tetapi saya juga mahu membantu pasukan. Saya mahu pastikan, apabila pasukan bergelut, mereka boleh mengharapk­an saya” Romelu Lukaku,

Penyerang Manchester United

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia