Berita Harian

Pochettino tak pandang rendah Crystal Palace

-

London: Mauricio Pochettino berkata, anak buahnya sama sekali tidak akan memandang rendah kunjungan pasukan tercorot Liga Perdana Inggeris (EPL), Crystal Palace ke Wembley, hari ini.

Pengurus Tottenham Hotspur itu melaungkan amaran berkenaan walaupun ketika ini, pasukannya berada di tahap terbaik sejak menewaskan penyandang juara Liga Juara-juara, Real Madrid 3-1, Khamis lalu.

Suasana perlawanan juga mungkin sedikit hambar jika Palace - yang belum menjaringk­an gol dalam lima perlawanan liga di tempat lawan - tidak dikalahkan dan Pochettino mengingatk­an pemainnya supaya tidak leka.

“Kami harus fokus. Kami perlu menggunaka­n keputusan nanti untuk melonjakka­n kedudukan dan membina lebih keyakinan,” kata Pochettino.

“Namun, kami memahami yang kami perlu berusaha gigih untuk mendapatka­n keputusan yang baik. Ia sentiasa akan menjadi sukar apabila harus bermain pada Rabu sehingga Ahad. Ia satu usaha yang besar.

“Kami harus bersedia bagi menghadapi perlawanan yang sengit. Crystal Palace adalah sebuah pasukan yang sangat bagus. Mereka bergelut pada awal musim.

“Mereka menukar pengurus, tetapi kami sangat mengenali Roy Hodgson. Kami mempunyai hubungan yang baik dari pasukan kebangsaan lagi. Mereka sentiasa tersusun. Ia pastinya menuntut banyak tenaga.

“Memang benar, cabaran utama ketika ini adalah untuk fokus. Ia juga adalah satu peluang besar untuk melupakan perlawanan dengan Real Madrid.”

Kekalahan 0-1 Spurs di tangan Manchester United, minggu lalu menyebabka­n mereka kini tercicir lapan mata - untuk berada di tangga ketiga di belakang pendahulu, Manchester City dan Pochettino sedar akan kerugian itu.

“Crystal Palace adalah satu lagi final buat kami,” katanya.

Selepas tewas di tangan United, adalah penting untuk kami meraih kemenangan semula dalam kancah Liga Perdana. Semua perlawanan adalah penting dan sengit. Kamu tidak boleh berasa selesa apabila kamu bersaing dalam perlawanan ini” Mauricio Pochettino, Pengurus Tottenham Hotspur

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia