Berita Harian

Guardiola berdebar sambut Arsenal

-

Manchester: Kelab Manchester City tidak menunjukka­n tanda kehilangan rentak dengan 15 kemenangan daripada 16 aksi semua kejohanan, selepas menang 42 ke atas Napoli dalam aksi Liga Juarajuara, Khamis lalu.

City tidak tewas dalam sebarang perlawanan kompetitif sejak April, namun kekalahan hadir ketika aksi separuh akhir Piala FA menentang Arsenal, pasukan yang akan berkunjung ke Stadium Etihad untuk aksi Liga Perdana, hari ini.

Pengurus pasukan, Pep Guardiola berkata, dia tidak melihat sebarang kemungkina­n City mengulangi pencapaian skuad terulung Arsenal ‘The Invicibles’ pada 200304, yang melepasi musim Liga Perdana tanpa merekodkan sebarang kekalahan.

“Kecuali kekalahan di Watford, Arsenal menang banyak perlawanan,” kata Guardiola. Ia menyulitka­n kami. Kami harap dapat pulih dengan baik selepas perjalanan dan perlawanan di Naples.

“Sungguh sukar apabila anda perlu mempertimb­angkan Liga Juarajuara.

“Arsenal bermain tanpa skuad utama pada Khamis (peringkat kumpulan Liga Europa menentang Red Star Belgrade). Jadi mereka dapat berehat selama seminggu. Kami pula kehilangan tenaga, jadi sokongan peminat amat penting.”

City menjaringk­an 35 gol dan bolos hanya enam daripada 10 aksi setakat ini, menang di Chelsea dan membelasah Liverpool 50, membuatkan ramai pengurus tertanyata­nya bagaimana mereka boleh dihalang.

Antara pemain yang menyerlah musim ini adalah Raheem Sterling, pemain sayap yang menjadi idaman Arsenal pada Ogos lalu dan mungkin dibenarkan meninggalk­an kelab itu jika City berjaya membeli Alexis Sanchez.

Turut menjaringk­an gol pada perlawanan di Naples adalah Sergio Aguero yang menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman di City dengan 178 gol.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia