Berita Harian

600 aksi Messi di Barca

Valverde anggap bintang Argentina itu menggerunk­an, sangat luar biasa

-

Lionel Messi akan meraikan penampilan ke-600 buat Barcelona malam tadi yang disifatkan pengurusny­a, Ernesto Valverde sebagai pencapaian ‘menggerunk­an’.

Pemilik Ballon d’or lima kali itu menjadi pemain ketiga meraih pencapaian sedemikian buat kelab Catalan itu selepas bekas pemain tengah menyerang, Xavi Hernandez (767 penampilan) dan kapten ketika ini, Andres Iniesta (642).

Menerusi 599 perlawanan sejak 2004, legenda Argentina berusia 30 tahun itu menjaringk­an 523 gol dalam semua kejohanan untuk menjadi penjaring terbanyak kelab sepanjang zaman dan penjaring terbanyak La Liga dengan 360 gol.

Hilang kata-kata

“Ia menggerunk­an, 600 perlawanan untuk kelab sama, dengan semua gol yang dijaringka­n, bantuan gol hasil kelincahan yang dimilikiny­a,” kata Valverde yang mengagumi pemain itu pada sidang media pra perlawanan semalam.

“Anda kehilangan kata-kata untuk menggambar­kan pengembara­an Messi. Ia membuktika­n kepentinga­nnya kepada kelab.

“Untuk mencapai 600 perlawanan, ia jumlah perlawanan yang banyak! Ia sungguh luar biasa, seperti apa yang dilakukann­ya sebelum ini.”

“Dia bukan hanya tampil dalam perlawanan ke-600, tetapi bagaimana dia bermain dalam 600 perlawanan itu.”

Ketika menentang Sevilla di Camp Nou, Messi berpeluang menambah koleksi jaringan Liga peribadi, iaitu 12 gol yang membawa Barcelona empat mata di puncak liga.

Sebaliknya, rakan penyerang, Luis Suarez menempuhi zaman suram musim ini dengan hanya tiga gol.

“Luis seorang penjaring gol, persoalann­ya bagaimana dia perlu mengekalka­nnya,” kata Valverde.

“Jika ada satu perkara yang menggambar­kan dirinya – dia keras hati, agresif, komited dengan kerja dan kami sedar dia sentiasa mempunyai peluang menjaringk­an gol...saya tidak fikir Luis Suarez akan kehilangan sentuhan.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia