Berita Harian

Persiapan Peru goyah angkara doping

-

Lima: Harapan Peru untuk melangkah ke Piala Dunia tergugat apabila penyerangn­ya yang berpangkal­an di Brazil, Paolo Guerrero dilaporkan berdepan ‘keputusan luar biasa’ dalam satu ujian dadah selepas perlawanan.

Media di Peru dan Brazil melaporkan pemain berusia 33 tahun yang beraksi bersama kelab Flamengo itu diuji ketika aksi kelayakan Piala Dunia pada 5 Oktober lalu yang berkesudah­an terikat 0-0 dengan Argentina.

Peru dijadual bertemu New Zealand untuk dua perlawanan dalam aksi kelayakan bulan ini dan pemenang layak mendapat tempat ke Piala Dunia di Russia, tahun depan.

“Apa yang terjadi ketika ini ialah ujian luar biasa untuk penggunaan bahan perangsang dan kes ini tidak dianggap sebagai keputusan yang positif,” kata Ketua Jawatankua­sa Anti Doping, Persekutua­n Bola Sepak Brazil, Fernando Solera.

Pemain ada hak

“Ketika ini, Guerrero tidak dianggap sebagai doping. Kami tidak boleh bercakap mengenai bahan yang dipersoalk­an – pemain mempunyai hak untuk mempertaha­nkan diri dan menunjukka­n apakah jenis bahan ini.”

Peru dijadual bertemu New Zealand pada 11 dan 15 November ini.

Sementara itu, dalam perkembang­an terkini, Persekutua­n Bola Sepak Peru (FPF), mengumumka­n Persekutua­n Bola Sepak Antarabang­sa (FIFA), menggantun­g kapten Peru itu selama 30 hari selepas disahkan gagal dalam ujian berkenaan.

Bagaimanap­un, badan induk itu tidak mendedahka­n butiran lengkap mengenai hukuman, namun menegaskan ia berkaitan dengan keputusan ujian yang tidak memuaskan ketika aksi kelayakan Piala Dunia menentang Argentina.

“FPF menghormat­i keputusan FIFA dan yakin, hasil keputusan penuh dan tindakan akan diperjelas­kan tidak lama lagi,” umum FPF melalui akuan sosial Twitter tanpa mendedahka­n keputusan penuh ujian berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia