Berita Harian

Evra bakal kena gantung

-

Marseille: Patrice Evra berdepan hukuman gantung minimum satu perlawanan oleh UEFA dan kelabnya, Marseille juga menggantun­g pemain veteran itu selepas terbabit dalam serangan ala karate ke atas penyokong sendiri.

Kelmarin, bekas pemain Manchester United itu dikenakan kad merah ketika sesi memanaskan badan, sebelum pertembung­an Liga Europa di Guimaraes, Portugal.

Presiden Marseille, Jacques-henri Eyraud sudah pun bertemu pemain berusia 36 tahun itu untuk memaklumka­n keputusan kelab dan diberi amaran dia akan berdepan susulan tindakan disiplin.

“Marseille juga tidak boleh menerima tindakan segelintir penyokong yang melontar kata-kata bersifat kebencian, menghina atau menyakitka­n hati,” kata kenyataan kelab, semalam.

Salah laku keganasan

Sebelum itu, badan induk bola sepak Eropah menegaskan, Evra boleh digantung kerana salah laku keganasan dan kes ke atas bekas pemain kebangsaan Perancis itu akan dibincangk­an dalam mesyuarat minggu depan.

“Berikutan tindakan itu, Evra akan dikenakan hukuman gantung sekurang-kurangnya satu perlawanan. Badan Kawalan, Perilaku dan Disiplin UEFA akan memutuskan kes ini dalam mesyuarat pada 10 November ini,” kata UEFA dalam satu kenyataan.

Marseille dan Guimaraes juga akan dikenakan hukuman kerana membiarkan penyokong memasuki kawasan padang.

Marseille juga tidak boleh menerima tindakan segelintir penyokong yang melontar kata-kata bersifat kebencian, menghina atau menyakitka­n hati” Kenyataan media Marseille

 ??  ?? Rakan sepasukan cuba mententera­mkan keadaan ketika Evra (belakang kiri) cuba menendang penyokong sebelum perlawanan bermula.
Rakan sepasukan cuba mententera­mkan keadaan ketika Evra (belakang kiri) cuba menendang penyokong sebelum perlawanan bermula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia