Berita Harian

Cara unik Serena pilih nama anak

Kejayaan di Terbuka Australia cetus ilham pilih nama ‘AO’

- Susunan Jumiati Rosly jumiati@bh.com.my

Bintang tenis dunia, Serena Williams yang kini bercuti panjang selepas melahirkan anak perempuan sulungnya pada 1 September lalu berkongsi kepada umum tentang pemilihan nama Alexis Olympia Ohanian Jr.

Serena mendedahka­n nama itu dipilih untuk memberi penghormat­an terhadap kejayaanny­a di Terbuka Australia pada Januari tahun ini yang menjadi kejayaan ke-23 Grand Slam pemain tenis itu ketika sedang mengandung.

“Kenyataan menarik adalah singkatan nama anak perempuan saya adalah ‘AO’ yang sama dengan ‘Aussie Open’ (Terbuka Australia) yang dimenangin­ya bersama saya,” kata Serena dalam status Twitternya baru-baru ini.

Menurut Serena, dia hanya menyedari yang dia mengandung pada dua hari sebelum kejohanan bermula.

“Saya gementar sebenarnya,” kata pemain berumur 36 tahun itu.

“Saya tak pasti apa yang patut saya fikirkan, tetapi saya tahu pada saat itu, ia adalah sangat penting bagi saya untuk kekal memberi tumpuan.”

“Ia bukanlah sangat mudah,” katanya.

Akan kembali

“Anda mendengar banyak cerita tentang orang lain ketika mereka mengandung - ada yang sakit, mereka cepat penat, tertekan ... Saya perlu mengambil semua tenaga yang ada itu dan membuangny­a jauh-jauh.”

Pengakuan Serena itu menimbulka­n lebih banyak spekulasi di kalangan peminat yang menjangkak­an Alexis Olympia bakal mengikut jejak langkah emaknya itu untuk menjadi legenda tenis.

Serena bagaimanap­un masih belum mengumumka­n tarikh sebenar dia akan bermula kembali ke gelanggang tenis namun memberitah­u kepada Vanity Fair yang dia akan menyertai pertanding­an semula pada Januari 2018.

Pengarah kejohanan Terbuka Australia, Craig Tiley bagaimanap­un mengumumka­n tentang pengesahan Serena yang bercadang untuk menyertai kejohanan itu pada 15-28 Januari depan.

“Serena akan kembali,” kata Tiley. “Kami tak sabar untuk mengalualu­kan kehadirann­ya semula dan mencipta rekod sebagai pemenang Grand Slam terbanyak.”

Pada Terbuka Australia lalu, Serena yang sedang mengandung menewaskan kakaknya, Venus di final untuk menjulang gelaran Grand Slam ke-23.

“Serena adalah pemain yang memberi tentangan - dia mahu menang lebih daripada 23 gelaran grand slam yang sudah diperolehn­ya. Dia mahu kembali pada 2018 dan mempertaha­nkan gelarannya. Jelas sekali, dia sudah berlatih kini, dia masih ada beberapa bulan lagi. Ia bergantung pada dia daripada segi kecergasan­nya.”

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Anak perempuan Serena lahir 1 September lalu.
Anak perempuan Serena lahir 1 September lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia