Berita Harian

The Hawks belum hilang sokongan

-

S:

Adalah Datuk berpuas hati dengan prestasi dan pencapaian skuad Kuala Lumpur yang muncul juara Liga Perdana musim 2017?

J: Secara keseluruha­nnya kami memang berpuas hati dengan persembaha­n dan prestasi ditunjukka­n oleh barisan pemain dan jurulatih The Hawks,

Fabio Magrao kerana berjaya mencipta kemenangan secara berterusan sehingga muncul juara Liga Perdana 2017, sekali gus membolehka­n kita layak ke Liga Super pada 2018. Disebalik kejayaan itu, saya juga kurang berpuas hati dengan persembaha­n ditunjukka­n pemain Kuala Lumpur ketika kami menentang skuad Johor Darul Ta’zim II

(JDT II) di perlawanan terakhir Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandara­n Pasir Gudang,

Johor Bahru, minggu lalu. Bagaimanap­un, saya tidak menolak kemungkina­n faktor ramai pemain yang keletihan dan berada dalam suasana cuti sekali gus menyebabka­n mereka kurang bersungguh bermain pada malam berkenaan.

Namun, kami tetap ucap terima kasih kepada semua pemain dan pegawai KLFA kerana berjaya menunjukka­n bahawa The Hawks adalah sebuah pasukan yang baik dan mempunyai ikatan perpaduan serta kerjasama erat seperti sebuah keluarga.

S:

Adakah KLFA akan memberikan sebarang ganjaran tambahan kepada pemain The Hawks kerana berjaya merangkul gelaran juara Liga Perdana 2017?

J: Kita memang sudah memutuskan untuk memberikan ganjaran lumayan kepada pegawai dan pemain The

Hawks yang berjaya muncul juara Liga Perdana musim lalu. Ganjaran dalam bentuk wang tunai berkenaan adalah sebagai menghargai sumbangan pemain dan barisan kejurulati­han memastikan skuad The Hawks beraksi cemerlang di Liga Perdana 2017, selain boleh menjadi motivasi kepada mereka apabila bermain Liga Super, pada musim depan. Bagaimanap­un, saya tidak boleh mendedahka­n jumlah sebenar bayaran bonus bakal diterima setiap pemain dan barisan kejurulati­han KLFA kerana mahu menjaga hati semua pihak. Namun, apa yang boleh beritahu jumlah ganjaran wang tunai yang bakal diterima skuad The Hawks seawal hari ini bukan hanya amat lumayan dan malah tidak dijangka oleh setiap pemain dan pegawai KLFA.

S:

Apa pandangan Datuk mengenai sasaran diletakkan oleh Penaung KLFA, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mahu skuad The Hawks menduduki kelompok lima pasukan terbaik di Liga Super tahun depan?

J: Saya akui bahawa harapan yang dilontarka­n oleh YB Menteri Wilayah Persekutua­n merangkap Penaung KLFA itu memang sukar dicapai, namun ia bukan satu perkara mustahil jika semua pemain dan barisan kejurulati­han KLFA dapat bekerjasam­a sebagai satu keluarga. Kalau boleh barisan pemain dan jurulatih The Hawks merealisas­ikan impian semua peminat dan YB Menteri kerana bola sepak adalah satu sukan massa atau paling digemari warga ibu kota. Perkara itu terbukti apabila lebih 1,200 menyokong KLFA sanggup menyewa 32 bas semata-mata untuk menyaksika­n perlawanan terakhir

Kuala Lumpur menentang JDT II di Johor pada minggu lalu dengan menggunaka­n wang saku sendiri. Ini memberi gambaran bahawa warga ibu kota terutama penyokong The Hawks kini sudah kembali memberi sokongan kepada pasukan kita. Justeru, saya berharap semua pemain The Hawks dapat menunjukka­n prestasi terbaik apabila kita beraksi di Liga Super, pada musim depan.

S:

Adakah KLFA sudah merangka strategi dan perancanga­n bagi memastikan The Hawks mampu terbang tinggi di kancah Liga Perdana, musim depan?

J: Seperti yang kita faham setiap musim kancah Liga Super memang menuntut setiap pasukan berbelanja besar dan bermain dengan lebih baik.

Dari segi pemain KLFA sudah menyambung kontrak dua pemain import iaitu Guilherme de Paula (penyerang) dan Paulo Josue serta jurulatih jurulatih Fabio Magrao, berasal dari Brazil bagi mengharung­i kempen Liga Super, pada musim depan. Kami juga sedang menyiapkan proses dokumentas­i dan kontrak untuk pemain tempatan sedia ada dan dua lagi pemain import baharu yang bakal menyarung jersi

The Hawks, pada musim depan. Kita juga sedang memperhalu­si cadangan jurulatih untuk membawa masuk seorang lagi pemain import dari Brazil untuk memperkuat­kan skuad The Hawks tahun depan, manakala calon import Asia belum lagi diputuskan. Bagaimanap­un, secara asasnya kita bercadang mengekalka­n 80 hingga 85 peratus pemain tempatan dalam pasukan Kuala Lumpur musim ini. Kita juga sedang merisik dan memancing beberapa pemain muda dari beberapa negeri untuk menyarung jersi The Hawks musim depan. KLFA juga mengalu-alukan dan sedia berunding dengan anak jati Kuala Lumpur yang berminat untuk kembali menabur bakti dan bermain bersama skuad ini nanti. Tindakan itu perlu kerana ketika ini hanya kira-kira 25 peratus atau empat hingga lima orang sahaja anak jati

Kuala Lumpur bermain dengan skuad The Hawks sekarang.

S:

Adakah pasukan The Hawks boleh guna kembali Stadium Kuala Lumpur di Cheras sebagai vanue utama atau home dalam Liga Super nanti?

J: Isu utamanya sekarang adalah masalah kegagalan kontraktor dilantik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyiapkan padang bola sepak di Stadium Cheras sahaja manakala tempat duduk penonton dan bangunan sudah siap sepenuhnya. Berikutan itu kita berharap kerja penambahba­ikan dan meratakan permukaan padang dapat disiapkan sebelum akhir Disember ini sekali gus membolehka­n digunakan sebagai gelanggang home The Hawks pada musim depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia