Berita Harian

Harap agihan RM1 bilion untuk sukan telus

-

Tindakan berani Sarawak FA (FAS) untuk menggunaka­n khidmat seratus peratus anak jati tempatan pada persaingan Liga Perdana musim hadapan harus dipuji dan disokong oleh peminat skuad Bujang Senang.

Langkah ini diumumkan oleh Presiden FAS, Datuk Poja Majais yang turut menggugurk­an kesemua pemain import asing dan tempatan mereka bagi memberi ruang kepada bakat anak Sarawak sendiri.

Mungkin ada yang skeptikal dengan keputusan FAS tapi hakikatnya, ramai bakat tempatan akan dipersemba­hkan dalam Liga Malaysia yang sudah menjadi tradisi dimonopoli oleh kehebatan awang import.

Sarawak gagal bertahan dalam saingan Liga Super musim ini apabila menduduki tangga kedua tercorot sekaligus menyaksika­n mereka tersingkir ke Liga Perdana.

Bujang Senang dikhabarka­n akan dilatih oleh pemain paling digeruni pihak lawan pada penghujung 80an dan awal 90an, Pangiran Bala yang akan dinaikkan pangkat menjadi ketua jurulatih.

Mungkin ada juga yang awalawal lagi meletakkan Sarawak antara pasukan yang akan tersingkir ke Liga FAM musim 2019 kerana bakal beraksi tanpa pemain import seperti pasukan lain.

Tetapi apa yang jelas FAS mengambil langkah drastik ini untuk mengurangk­an bajet di samping memberi ruang ramai pemain tempatan mereka peluang beraksi di pentas yang lebih tinggi.

Tuah langkah Pangiran

Jika tidak mampu, berbelanja­lah secara berhemat bukan mengikut nafsu dan berhadapan dengan risiko tidak mampu membayar gaji pemain selain berkemungk­inan menanggung beban hutang yang banyak.

Mungkin bermula dari tahun hadapan, ramai bakat baharu akan dapat dicungkil seperti mana pemain hebat Sarawak seperti Jalil Ramli, Dahlan Matusin, Bobby Pian dan Pangiran sendiri.

Apapun, FAS boleh dijadikan contoh yang baik kerana lebih mementingk­an anak jati mereka sendiri untuk meneruskan perjuangan mengangkat kembali martabat bola sepak Bujang Senang.

Semoga akan muncul lebih banyak persatuan yang berani mengikut jejak langkah FAS melahirkan lebih ramai bakat tempatan untuk dibekalkan kepada skuad kebangsaan.

Pelaburan besar ke atas pemain import tidak akan menjanjika­n kejayaan pasukan. Siapa tahu, Pangiran mampu membawa satu dimensi baharu bola sepak negara dengan produk pemain tempatan.

 ??  ?? Pasukan Sarawak bersama jersi bagi musim 2017.
Pasukan Sarawak bersama jersi bagi musim 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia