Berita Harian

Nama PETRONAS Sprinta Racing belum muktamad

- Oleh Khairil S Iswan

Kuala Lumpur: Penggunaan nama PETRONAS Sprinta Racing bagi pasukan negara yang menyertai perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (Motogp) pada tahun depan, belum lagi dimuktamad­kan.

Pasukan yang beraksi dalam kelas Moto2 dan Moto3 musim 2018 itu dibentuk hasil kerjasama antara PETRONAS dan Litar Antarabang­sa Sepang (SIC). Namun ketiadaan nama SIC dalam pasukan itu tampak janggal.

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabang­sa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali ketika mengulas mengenainy­a berkata, pihaknya masih berbincang mengenai perkara berkenaan sebelum ia dimuktamad­kan pada awal tahun depan.

“Penggunaan nama pasukan sebenarnya masih dalam perbincang­an, kerana ketika pengumuman itu dibuat, kita memiliki tempoh masa yang amat singkat.

Tiga pelumba sertai pasukan

“Ia sebenarnya adalah untuk mengumumka­n kerjasama antara PETRONAS dengan SIC bagi pasukan kita yang beraksi dalam kelas Moto3 dan Moto2,” katanya di sini, semalam.

“Perinciann­ya masih lagi dibincangk­an dan kita berharap ia dapat diselesaik­an sebelum kita melancarka­n pasukan secara rasmi pada Februari tahun depan, ketika ujian rasmi musim sejuk.

“Ketika itu barulah kita umumkan nama pasukan dan menjenamak­an semula pasukan. Saya sebenarnya sudah berbincang semula dengan PETRONAS, tetapi ketika itu saya mungkin terlalu teruja kerana persetujua­n syarikat itu untuk bekerjasam­a dengan kami.

“Saya sudah terangkan kebimbanga­n ini kepada mereka dan mereka juga bersetuju untuk menimbangn­ya semula.

Penggunaan nama PETRONAS Sprinta Racing sebelum ini diumumkan oleh Naib Presiden Pemasaran Urusniaga Hiliran PETRONAS, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, bulan lalu.

Selain ketiadaan nama ‘SIC’ dalam pasukan, PETRONAS Sprinta Racing sebenarnya sinonim dengan pasukan yang beraksi di kancah perlumbaan tempatan iaitu Cub Prix.

PETRONAS Sprinta Racing sebelum ini mengumumka­n tiga pelumba bakal beraksi bersama pasukan itu bagi tahun depan iaitu Hafizh Syahrin Abdullah (Moto2) dan Adam Norrodin serta Ayumu Sasaki bagi saingan Moto3.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia