Berita Harian

Malaysia buru tempat kelima

Skuad negara mara untuk bertemu Thailand selepas bergelut singkir Kazakhstan

- Oleh Saiful Affendy Sapran

Skuad hoki wanita negara terpaksa berhempas pulas sebelum dapat menewaskan Kazakhstan 2-1 pada aksi penentuan tempat kelima hingga kelapan saingan Piala Asia di Jepun, semalam.

Berlangsun­g di Kakamigaha­ra, skuad Malaysian Tigress yang gagal memenuhi sasaran untuk menempah tiket ke separuh akhir, ketinggala­n pada minit ke-24 selepas Aigerim Makhanova menjaringk­an gol padang.

Skuad bimbingan Muhammad Dhaarma Raj Abdullah itu bagaimanap­un berjaya menyamakan kedudukan menerusi gol padang Nuraslinda Said minit ke-31.

Kazakhstan main bertahan

Kapten skuad negara, Siti Noor Amarina Ruhani meletakkan Malaysia di depan dua minit kemudian hasil pukulan sudut penalti.

Dhaarma nyata kurang senang dengan corak bertahan Kazakhstan yang menafikan barisan pemainnya untuk menjaringk­an lebih banyak gol.

“Apabila kita bertemu dengan lawan yang semua pemain berkumpul di dalam kawasan D, ia akan memberi masalah besar sekiranya tak dapat jaringkan gol daripada peluang yang kita peroleh.

“Situasi lebih rumit apabila Kazakhstan yang sekali saja berjaya masuk ke dalam kawasan D mendapat gol berpunca daripada kesilapan pemain kita.

“Dalam suku keempat, selepas mendahului 2-1, kita tak mahu mempamer permainan menyerang sebab lawan masih berkumpul di dalam kawasan D,” katanya.

Dengan kemenangan itu, skuad negara akan turun pada perlawanan penentuan tempat ke-5/6 bertemu Thailand hari ini.

“Saya menjangkak­an Thailand juga bermain secara bertahan seperti dilakukan oleh Kazakhstan hari ini (semalam),” kata Dhaarma.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia