Berita Harian

43 pemain sertai golf remaja Widad

- Oleh Haika Khazi

Shah Alam: Seramai 43 pemain golf berusia antara lapan hingga 18 tahun menyertai Kejohanan Golf Remaja Widad di Glenmarie Golf & Country Club (GGCC), di sini, selama dua hari, bermula semalam.

Program itu dianjurkan oleh Widad Business Group dan Majlis Sukan Negara (MSN) Kedah.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Widad, Tan Sri Muhammad Ikmal Opat Abdullah, berkata kejohanan itu antara lain bertujuan mencungkil bakat baharu di kalangan anak muda selain memupuk minat dalam sukan golf.

“Kami sangat berbesar hati untuk turut serta menganjurk­an kejohanan ini.

“Selain menguji kepakaran mereka di dalam sukan golf, kejohanan sebegini juga dapat membentuk disiplin dan memupuk semangat kesukanan,” katanya pada kejohanan itu semalam.

Dibimbing jurulatih profesiona­l

Yang turut hadir, Pemegang Amanah Yayasan Widad, Datuk Wira Awang Kechik dan Pengarah Kumpulan Widad, Datuk Cham Nong Aliap.

Majlis penyampaia­n hadiah kepada pemenang dijangka disempurna­kan oleh Tunku Laksamana Kedah, Datuk Tengku Sarafuddin Badlishah Tuanku Sallehuddi­n, pada petang ini.

Sementara itu, Pengarah MSN Kedah, Mohamad Rizal Mohamad Radzi berkata peserta kejohanan mendapat bimbingan daripada jurulatih profesiona­l yang diketuai oleh Pro Travis Van Dijk dari Kelab Golft TPC Kuala Lumpur.

“Kami mengucapka­n terima kasih kepada Kumpulan Widad kerana memberi peluang kepada pemain golf junior dan atlet pelapis elit dari Kedah untuk menimba pengalaman bermain di lapangan terkenal seperti GGCC termasuk juara golf junior Asia Pacific, adik Alia Afza Hazari,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia