Berita Harian

Sukar cari pengganti Frost: Teong Kiat

- Oleh Fatin Fazlina Yaakob

Georgetown: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyifatka­n bukan tugas mudah untuk mencari calon bagi mengisi tempat jawatan pengarah teknikal badan induk itu yang dilepaskan oleh Morten Frost

pada September lalu. Perkembang­an itu didedahkan oleh Timbalan Presidenny­a, Datuk Wira Lim Teong Kiat di sini, semalam ketika ditemui selepas perasmian Liga Junior Kebangsaan Airasia BAM di Bukit Dumbar.

Beliau bagaimanap­un berkata, BAM buat masa ini tiada perancanga­n untuk mencari pengganti Frost.

“Kita akan meneruskan latihan seperti biasa dengan setiap perkara yang berlaku akan dimaklumka­n terus kepada C&T (Jawatankua­sa Kejurulati­han dan Latihan) yang diketuai Presiden BAM, Datuk Seri Nor za Zakaria.

“Beliau (Norza) menganggap peranan Pengarah Teknikal perlu diisi ketika ini, tetapi tidak mudah untuk mendapatka­n penggantin­ya.

(gambar) Kerjasama berpasukan

“Namun, kami akan bekerjasam­a dalam satu pasukan tanpa membuat sebarang perubahan atau pelantikan,” katanya.

September lalu, Frost yang berasal dari Denmark menghantar notis surat peletakan jawatan dengan menyatakan alasan berdepan masalah peribadi berbuat demikian.

Sementara itu, Teong Kiat berkata, BAM juga berusaha mencari lebih banyak bakat baharu.

Katanya, ini berikutan permintaan yang sangat tinggi di peringkat tempatan dan antarabang­sa seperti Wong Tat Meng, Tan Kim Her dan Jeremy Gan, yang kini menjadi jurulatih Scotland, India dan Jepun. Atlet terjun negara

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia