Berita Harian

Mun Yee capai impian 10 tahun

- Oleh Mohd Khairie Khalid

Serdang: Selepas menanti 10 tahun, penerjun negara, Leong Mun Yee akhirnya mampu tersenyum apabila bergelar pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), semalam.

Meskipun sedar dia mengambil masa agak lama memilikiny­a, namun penerjun berusia 32 tahun itu berkata dia tetap berbangga kerana pencapaian yang dilakar sebagai atlet kebangsaan turut dicipta ketika dirinya bergelar mahasiswa UPM.

“Saya rasa sangat gembira kerana akhirnya berjaya menghabisk­an pembelajar­an di UPM selepas mendaftar sebagai mahasiswa pada 2007. Saya juga gembira kerana dipilih sebagai wakil graduan pada hari ini (semalam) untuk memberikan ucapan.

Kekuatan buat saya

“Bagi saya pelajaran amat penting. Sebab itu saya hendak tamatkan pengajian tanpa mengira berapa lama masa yang diambil. Malah ia menjadi antara kekuatan buat saya,” katanya ketika ditemui pada Istiadat Konvokesye­n UPM di sini, semalam.

Istiadat disempurna­kan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah.

“Sebagai seorang atlet, ijazah ini amat bermakna kerana kami juga memerlukan pelajaran. Sebagai pelajar sebelum ini saya tidak terkecuali untuk melengkapk­an pengajian dengan menghadiri kuliah, menduduki ujian dan peperiksaa­n serta menyiapkan segala tugasan diberikan seperti rakan yang lain.

“Dalam masa, sebagai atlet negara saya juga perlu membahagik­an masa untuk latihan sama ada di dalam mahupun di luar negara.”

Mengulas lanjut, Mun Yee berkata dia mengambil jurusan Komunikasi kerana minat mendalam dalam bidang itu dan tidak menolak melanjutka­n pengajian ke peringkat ijazah sarjana selepas ini.

 ?? [FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI/BH] ??
[FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI/BH]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia