Berita Harian

Malaysia, Thailand ke final

Regu wanita bagaimanap­un terkandas pada separuh akhir

- Oleh Azlan Muhammad Zain

Skuad lelaki negara bakal membuat penentuan dengan Thailand di pentas final Piala Dunia ISTAF (Persekutua­n Sepaktakra­w Dunia) selepas mengatasi India 2-0 di separuh akhir, semalam.

Pada kejohanan yang berlangsun­g di Hyderabad, India itu, regu Malaysia kendalian Abdul Talib Ahmad dilihat tidak mempunyai masalah untuk mengatasi tuan rumah dalam aksi dua set.

Walaupun berdepan sedikit kesukaran pada set pertama, pertukaran memasukkan tekong utama, Mohd Syahir Rosdi menggantik­an Said Ezwan Said De pada pertengaha­n set membolehka­n regu negara yang turut dibarisi Mohd Farhan Adam (pengumpan) dan Norhafizi Abd Razak (perejam) menang 21-17.

Servis tajam

Bersambung set kedua, servis tajam Syahir nyata memberikan kesukaran kepada lawan membolehka­n Malaysia menang dengan keputusan 21-8.

Terdahulu Thailand yang menghantar campuran pemain lama dan muda turut tidak mempunyai masalah mara ke final apabila mengatasi Singapura dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Tanpa kehadiran perejam berbisa, Pornchai Kaokaew dan Anuwat Chaichana, Thailand diketuai tekong berpengala­man, Siriwat Sakha tidak berdepan masalah besar apabila menewaskan Singapura 21-5, 21-8.

Dalam pada itu, barisan regu wanita negara pula terpaksa akur terlepas peluang ke final walaupun memberikan tentangan sengit kepada Vietnam dalam aksi tiga set.

Vietnam menang set pertama 2111 sebelum anak buah Fikri Mohd Noor bangkit memenangi set kedua 21-19, namun terpaksa akur 19-21 pada set ketiga.

Ia mengulangi pencapaian edisi 2011 ketika ia pertama kali dianjurkan di Kuala Lumpur, berkongsi dengan Iran yang turut tewas kepada Thailand dalam satu lagi aksi separuh akhir. Presiden BAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia