Berita Harian

Skuad hoki idam Program Podium

- Oleh Saiful Affendy Sapran

Kuala Lumpur: Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC) mengakui aspek kewangan adalah faktor utama yang menjadi pertimbang­an untuk sukan hoki terutamany­a skuad lelaki negara dimasukkan ke dalam Program Podium.

Justeru itu, Presiden MHC Datuk Seri Subahan Kamal berkata, pihaknya sedia mengadakan perbincang­an bersama Institut Sukan Negara (ISN), selaku agensi yang menyelia program berkenaan.

“Kami faham masalah besar ISN adalah soal kewangan. Kalau ada duit lebih, saya yakin pihak kerajaan akan membantu kerana selama ini pun kerajaan memainkan peranan besar dalam membantu sukan hoki.

“Hanya kita berharap pasukan hoki lelaki diberi keutamaan kerana kita bagi jaminan mereka akan terus mempamerka­n peningkata­n,” katanya ketika ditemui selepas mempengeru­sikan mesyuarat Lembaga Eksekutif MHC, di sini, semalam.

Inisiatif jangka panjang

Program Podium adalah inisiatif jangka panjang untuk memastikan atlet negara mencapai kecemerlan­gan di pentas dunia termasuk pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Skuad hoki lelaki negara dilihat cemerlang sepanjang tahun ini apabila layak secara merit ke Piala Dunia 2018 di Bhubaneswa­r, India menerusi kempen Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di London, Jun lalu selain mencipta sejarah pertama kali muncul naib juara pada saingan Piala Asia di Dhaka, Bangladesh, bulan lalu.

Mengulas lanjut, Subahan berkata, mungkin daripada segi kekangan kewangan Program Podium dan MHC boleh bincang mencari satu formula terbaik.

“Mungkin separuh MHC tanggung dan separuh lagi di tanggung oleh Program Podium.

“Yang penting bagi kami adalah hoki dimasukkan ke Program Podium dulu kerana sebenarnya keutamaan yang kami mahukan adalah kepakaran di dalam program itu.

“Sekiranya kami mendapat bantuan secara menyeluruh, saya yakin dalam tempoh dua tahun lagi pasukan hoki lelaki negara akan berada di kelompok 10 terbaik dunia,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia