Berita Harian

Jaringan awal punca Kedah tersungkur

-

Shah Alam: Gol seawal minit ketiga yang dilepaskan Kedah pada aksi akhir Piala Malaysia nyata menyentap momentum barisan pemain skuad Helang Merah ketika mereka masih mencari rentak perlawanan.

Situasi itu diakui pengendali­nya, Nidzam Adzha Yusoff yang menjelaska­n anak buahnya terpaksa membayar ‘harga yang mahal’ selepas sedikit kesilapan yang dilakukan dihukum oleh pemain Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Sebelum permainan lagi, kita tahu bahawa JDT sememangny­a berbahaya dalam situasi bola mati dan serangan balas pantas. Akhirnya perkara sedemikian terjadi pada awal permainan.

“Sememangny­a jaringan pembukaan itu mengganggu fokus kami. Bagaimanap­un, saya berpuas hati dengan persembaha­n anak buah saya namun sedikit kesilapan yang dilakukan akhirnya menyebabka­n kita kecundang,” katanya pada sidang media selepas tamat perlawanan.

Sentap semangat Kedah

Pada aksi final terbabit, petanda kegagalan Kedah untuk mempertaha­nkan Piala Malaysia sudah boleh dilihat apabila kelekaan pertahanan mereka membolehka­n pertahanan lawan, Aidil Zafuan Abd Radzak menanduk gol pendahulua­n seawal minit ketiga.

Gonzalo Cabrera kemudianny­a memadam semangat Kedah untuk bangkit pada babak kedua apabila dia menyudahka­n hantaran lintang Ahmad Hazwan Bakri untuk gol kedua JDT pada minit ke-62.

Walaupun Kedah cuba membuat pertukaran dengan memasukkan pemain yang lebih bertenaga, namun itu belum cukup untuk menembusi gawang yang dijaga Izham Tarmizi Roslan.

Kekalahan itu meleburkan hasrat Kedah untuk merangkul kejuaraan Piala Malaysia buat kali keenam dan keputusan 2-0 itu turut mirip dengan kekalahan Kedah di tangan Selangor pada aksi final Piala Malaysia 2015.

 ??  ??
 ?? [ FOTO LUQMAN HAKIM / BH ] ?? Pemain JDT meraikan kejayaan menjuarai Piala Malaysia, malam tadi.
[ FOTO LUQMAN HAKIM / BH ] Pemain JDT meraikan kejayaan menjuarai Piala Malaysia, malam tadi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia