Berita Harian

Jentera serangan kita tumpul

Hodak kenal pasti punca anak buah bergelut jinak Brunei

- Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor

Ketumpulan jentera serangan menjadi masalah utama skuad negara bergelut untuk menewaskan Brunei 1-0 pada aksi kedua Kumpulan F kempen kelayakan bawah 19 tahun (B19) AFC di Paju, Korea Selatan, semalam.

Jurulatihn­ya, Bojan Hodak bagaimanap­un tetap lega kerana skuad kedua yang diturunkan pada aksi itu berjaya mencapai sasaran untuk meraih tiga mata penting.

“Biarpun pemain saya dilihat bergelut untuk menang, tapi kami berjaya meraih kemenangan walaupun merehatkan ramai pemain utama.

“Sasaran kami adalah untuk menang dan kami berjaya lakukannya walaupun dengan kemenangan tipis. Pemain saya mencipta banyak peluang tetapi gagal disudahkan dengan jaringan.

“Apa yang mengejutka­n saya, kami membiarkan Brunei melakukan serangan, tapi bernasib baik kerana mereka tidak berjaya menjaringk­an gol,” katanya ketika dihubungi di Korea Selatan, semalam.

Kumpul eman mata

Malaysia kini mengumpul enam mata selepas meraih dua kemenangan berturut-turut termasuk menewaskan Timor Leste 3-1 pada aksi pertama, Selasa lalu.

Anak didik Hodak perlu mengharung­i dua aksi getir selepas ini apabila akan berdepan Indonesia, esok disusuli pertemuan terakhir dengan tuan rumah, Korea Selatan, dua hari kemudian.

Hanya 10 juara Kumpulan A hingga J bersama lima pasukan naib juara terbaik yang akan mara ke pusingan akhir kejohanan itu di Indonesia pada Oktober tahun depan.

Selain itu, Hodak menuntut anak buahnya tidak melakukan kesilapan sama pada aksi berdepan Indonesia dan Korea Selatan bagi memastikan impian layak ke pusingan akhir tercapai.

“Jentera serangan berdepan masalah penyudah dan pada masa yang sama pertahanan kami membiarkan pasukan lawan melakukan serangan.

“Jadi, saya fikir kami kami tidak boleh melakukan kesilapan itu berdepan Indonesia dan Korea Selatan kerana ia mungkin boleh menyebabka­n pasukan tewas.

“Apapun, saya akan menurunkan barisan terbaik untuk menghadapi dua perlawanan penting itu dan saya yakin persembaha­n lebih mantap dapat dipamerkan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia