Berita Harian

Sarawak tidak guna pemain import

-

Kuching: Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) akan meneruskan rancangann­ya untuk menggunaka­n seratus peratus pemain tempatan pada saingan Liga Perdana musim depan.

“Untuk awal musim Liga Perdana ini, Sarawak akan diwakili semua pemain tempatan yang terdiri daripada pemain yang sedia ada mahu pun dipilih dari pasukan Piala Presiden, belia serta daripada kejohanan Piala Sarawak 2017 yang akan berlangsun­g di Mukah, bermula esok (hari ini) sehingga 11 November.

“Sekiranya pemain tempatan Sarawak mampu bersaing untuk tempoh itu, maka tiada keperluan untuk menggunaka­n pemain import. Namun sekiranya perlu, pengambila­n pemain import akan dipertimba­ngkan pada jendela perpindaha­n pemain,” kata FAS dalam satu kenyataan.

Sarawak menamatkan aksi Liga Super musim ini di kelompok dua pasukan tercorot dan tersingkir ke Liga Perdana.

Tiada lagi pemain import

Presiden FAS, Datuk Posa Majais sebelum ini dilapor sebagai mengesahka­n khidmat tujuh pemain termasuk empat pemain import antarabang­sa tidak disambung kontrak, sebaliknya pasukan itu akan diwakili seratus peratus pemain anak negeri.

FAS menambah pengambila­n pemain import bukan syarat wajib untuk setiap pasukan.

“Ini bergantung kepada keperluan dan kemampuan sesebuah pasukan. FAS tidak menolak sumbangan yang telah diberikan oleh pemain yang tidak disenaraik­an untuk musim hadapan.

“Namun dengan mengambil kira faktor prestasi, jumlah gaji dan kekerapan kecederaan, maka pihak persatuan terpaksa melepaskan anda,” kata FAS.

 ??  ?? Demerson Bruno Costa (dua dari kanan) antara pemain import yang membawa cabaran Sarawak musim ini.
Demerson Bruno Costa (dua dari kanan) antara pemain import yang membawa cabaran Sarawak musim ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia