Berita Harian

Kontraktor baharu mampu siapkan projek tebatan banjir

Saliran lebih besar diharap atasi bah kilat landa di Kuching

- Oleh Mohd Roji Kawi

Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar akan melantik secara rasmi kontraktor baharu untuk melaksanak­an projek tebatan banjir di bandar raya Kuching dalam masa terdekat, selepas masalah yang dihadapi sebelum ini diselesaik­an minggu lalu.

Menterinya, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata kontraktor yang dicadangka­n sebelum ini gagal memenuhi syarat yang ditetapkan untuk melaksanak­an projek berkenaan.

Justeru katanya, kontraktor baharu yang bakal dilantik itu diyakini mampu melaksanak­an projek saliran yang besar seperti yang dikehendak­i kerajaan negeri.

“Masalah pelantikan kontraktor itu bukan berpunca daripada isu kewangan, tetapi membabitka­n soal teknikal sahaja dan masalah itu sudah pun kita selesaikan minggu lalu.

“Kementeria­n melaksanak­an projek itu atas permintaan kerajaan negeri untuk meningkatk­an sistem saliran di pusat bandar raya Kuching yang sering dilanda banjir kilat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke tapak projek naiktaraf sistem saliran di Kampung Bintawa Hulu, di sini, semalam.

Wan Junaidi berkata demikian ketika diminta mengulas masalah banjir kilat yang kerap melanda khususnya di kawasan pusat bandar raya Kuching selepas hujan lebat.

Mengulas lanjut, beliau berkata sistem perparitan di kawasan pusat bandar raya itu adalah tanggungja­wab sepenuhnya pihak berkuasa tempatan (PBT), iaitu Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

“Sistem perparitan di pusat bandar raya sudah cukup lama dan perlu dinaik taraf untuk memastikan kelancaran air terutama ketika hujan lebat, tetapi itu di luar bidang kuasa Kementeria­n saya kerana ia adalah tanggungja­wab PBT,” katanya.

Rabu lalu, beberapa kawasan di pusat bandar raya Kuching termasuk Jalan Tun Abang Haji Openg, Jalan Barrack serta beberapa lorong di Jalan Padungan ditenggela­mi air selepas hujan lebat.

Mengenai projek tebatan banjir itu Kampung Bintawa, Wan Junaidi berkata, sejumlah RM1.2 juta diperuntuk­kan bagi melaksanak­an tiga projek iaitu Kampung Bintawa Hulu, Kampung Bintawa Tengah dan Kampung Bintawa Hilir.

“Projek itu adalah bagi melancarka­n aliran air ke saliran pengeluara­n utama bagi mengurangk­an air yang bertakung di dalam longkang di kawasan kediaman penduduk.

“Langkah itu adalah bagi memastikan persekitar­an yang bersih bagi mengurangk­an berlakunya pembiakan nyamuk aedes dan pencemaran di kawasan itu,” katanya.

 ?? [FOTO EDMUND SAMUNTING/BH] ?? Wan Junaidi (dua dari kiri) menyampaik­an replika cek kepada wakil JKKK Kampung Bintawa Tengah, pada Majlis Naiktaraf Projek Sistem Saliran di Kampung Bintawa, semalam.
[FOTO EDMUND SAMUNTING/BH] Wan Junaidi (dua dari kiri) menyampaik­an replika cek kepada wakil JKKK Kampung Bintawa Tengah, pada Majlis Naiktaraf Projek Sistem Saliran di Kampung Bintawa, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia