Berita Harian

Rakyat perlu percaya kemampuan ESSCOM

-

Tawau: Rakyat perlu meletakkan kepercayaa­n tinggi kepada pasukan keselamata­n yang menjaga kedaulatan dan keamanan negara khususnya Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, Datuk Hamisah Samat, berkata ini kerana tugas menjaga keamanan bukan mudah dan pasukan keselamata­n terdedah dengan bahaya serta cabaran ketika menjalanka­n tugas.

“Program seperti ini menjadi ruang terbaik untuk rakyat berinterak­si dengan pelbagai agensi kerajaan dan ESSCOM bagi mendalami tanggungja­wab mereka dalam menjaga keselamata­n negara, khususnya di pantai timur Sabah.

“Dalam masa sama, menerusi program ini, masyarakat juga didedahkan dengan maklumat sahih bagi mendorong mereka menyokong aspirasi dan dasar yang diperkenal­kan oleh kerajaan.

“Saya harap rakyat akan terus meletakkan kepercayaa­n kepada pasukan ESSCOM yang menggalas tanggungja­wab besar menjaga keamanan negara,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Semarak Rakyat Bersama ESSCOM, Sabah Tanah Airku di Dataran Majlis Perbandara­n Tawau, dekat sini, semalam.

Yang turut hadir Timbalan Pengarah (Perancanga­n Strategik) Jabatan Pencegahan Jenayah Komuniti dan Keselamata­n Bukit Aman, Datuk Fatimah Abdul Hamid dan Komander ESSCOM, Datuk Hazani Ghazali.

Saya harap rakyat akan terus meletakkan kepercayaa­n kepada ESSCOM yang menggalas tanggungja­wab besar menjaga keamanan” Hamisah Samat, Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah

 ?? [FOTO NASRAWATI SYARIFUDDI­N/BH] ?? Hamisah bersama Hazani (dua dari kanan) ketika melakukan gimik pelancaran pada Majlis Semarak Rakyat Bersama ESSCOM, Sabah Tanah Airku di Dataran Majlis Perbandara­n Tawau, semalam.
[FOTO NASRAWATI SYARIFUDDI­N/BH] Hamisah bersama Hazani (dua dari kanan) ketika melakukan gimik pelancaran pada Majlis Semarak Rakyat Bersama ESSCOM, Sabah Tanah Airku di Dataran Majlis Perbandara­n Tawau, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia