Berita Harian

Bantu pelajar ditimpa musibah

Pewanis sentiasa hulur sumbangan atasi masalah

- Oleh Mohd Nazllie Zainul

Jabatan Pendidikan Sabah bukan saja komited meningkatk­an kualiti pendidikan di negeri ini, tetapi turut membantu warga pendidikan dan pelajar yang ditimpa musibah serta bencana.

Pengarahny­a, Datuk Maimunah Suhaibul, berkata pihaknya melalui Persatuan Wanita Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (Pewanis) sentiasa menghulurk­an bantuan bersesuaia­n dengan masalah yang dihadapi war- ga pendidik dan pelajar di negeri ini.

“Jabatan bukan saja mahu menjadi organisasi pendidikan yang melahirkan pelajar berkualiti namun kita juga mengambil berat kebajikan warga jabatan dan pelajar atau murid yang berada dalam kesusahan.’

“Terkini, Pewanis dan jabatan sudah menghantar sumbangan kepada keluarga mangsa yang terbabit dalam kemalangan jalan raya yang membabitka­n sembilan pelajar tingkatan enam iaitu empat maut dan lima cedera daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pitas 2, dalam kejadian 24 Oktober lalu.

“Semua sumbangan ini diambil menerusi dana tabung kebajikan jabatan,” katanya sempena Larian Amal Masih Ada Yang Sayang (MAYANG), di sini, semalam.

Kutip dana

Larian Amal MAYANG dirasmikan oleh Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid.

Dianjurkan buat julung kali, larian amal itu yang disertai lebih 500 peserta membabitka­n warga Jabatan Pendidikan Sabah dan pelajar itu diadakan bagi mengutip dana untuk mengisi tabung kebajikan Jabatan Pendidikan Sabah.

Dalam pada itu, Maimunah berkata objektif acara itu juga bagi mengeratka­n hubungan kekeluarga di dalam organisasi selain memupuk gaya hidup sihat.

Sementara itu, Jainab berkata, kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha Jabatan Pendidikan Sabah dalam merancang, melaksana aktiviti dan dasar yang membabitka­n aktiviti amal, sukan dan rekreasi.

“Pelajar, guru, ibu bapa dan orang ramai yang menyertai larian ini mampu mewujudkan budaya sihat, cergas dan aktif serta berupaya memupuk dan menyemarak semangat perpaduan pelbagai kaum,” katanya.

Jabatan juga mengambil berat kebajikan warga jabatan dan pelajar dalam kesusahan” Maimunah Suhaibul, Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah

 ?? [FOTO MOHD ADAM ARININ /BH] ?? Maimunah (kiri) dan Jainab (tiga dari kiri) bersama pemenang cabutan bertuah pada Program Larian Amal Masih Ada Yang Sayang (MAYANG) anjuran Persatuan Wanita Jabatan Pelajaran Negeri Sabah (Pewanis) di Stadium Likas, Kota Kinabalu, semalam.
[FOTO MOHD ADAM ARININ /BH] Maimunah (kiri) dan Jainab (tiga dari kiri) bersama pemenang cabutan bertuah pada Program Larian Amal Masih Ada Yang Sayang (MAYANG) anjuran Persatuan Wanita Jabatan Pelajaran Negeri Sabah (Pewanis) di Stadium Likas, Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia