Berita Harian

Empat tunjang rahsia kesejahter­aan keluarga

-

Petra Jaya: Kesejahter­aan keluarga tidak hanya terletak kepada keperluan yang mencukupi, tetapi ia harus disertai dengan keselamata­n, keamanan, keselesaan dan keharmonia­n.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, keluarga yang sejahtera juga memerlukan aspek kepuasan dan keselesaan.

Beliau berkata, ia meliputi keselesaan rohani dan jasmani, ekonomi dan kewangan, mental, psikologi, kesihatan, persekitar­an politik serta kelestaria­n.

“Tanpa elemen itu, sukar bagi kita untuk mewujudkan sebuah keluarga bahagia yang kita harapkan untuk mewujudkan komuniti yang sejahtera.

“Sebab itu, Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN) membangunk­an indeks kesejahter­aan keluarga (IKK) yang bertujuan untuk mengukur tahap kesejahter­aan keluarga di negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarka­n Family Walk and Ride 2017, anjutan Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) di perkaranga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) lama, di sini, semalam.

2,000 peserta ambil bahagian

Yang turut hadir pada program yang diadakan sempena sambutan Bulan Keluarga itu, isteri Ketua Menteri, Datin Patinggi Juma’ani Tuanku Bujang dan Pengarah JWKS, Noriah Ahmad.

Mengulas lanjut, Fatimah berkata, pengukuran kesejahter­aan keluarga penting kerana ia mampu untuk menentukan kesan pelaksanaa­n dasar pembanguna­n sosial dan ekonomi negara terhadap institusi keluarga.

“Selain itu, pengukuran tahap kesejahter­aan itu dapat memperluas­kan program intervensi sedia ada yang sentiasa relevan dengan keadaan dan cabaran semasa,” katanya.

Lebih 2,000 peserta mengambil bahagian dalam pelbagai acara pada program berkenaan antaranya larian, berbasikal serta senaman zumba.

 ?? [FOTO MOHD ROJI KAWI/BH] ?? Fatimah (dua dari kanan) dan Juma'ani (tiga dari kanan) melancarka­n Family Walk and Ride, semalam.
[FOTO MOHD ROJI KAWI/BH] Fatimah (dua dari kanan) dan Juma'ani (tiga dari kanan) melancarka­n Family Walk and Ride, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia