Berita Harian

Pembesaran LTS mampu rancakkan pelanconga­n

Persatuan mahu projek dipercepat tampung pesawat lebih besar

- Oleh Poliana Ronnie Sidom

Penduduk di sini berharap perancanga­n membesarka­n Lapangan Terbang Sandakan (LTS) akan disusuli dengan usaha menjadikan taraf lapangan terbang bertaraf antarabang­sa bagi merancakka­n lagi sektor pelanconga­n.

Pengerusi Persatuan Pelanconga­n Sandakan, Johnny Lim, berkata sektor berkenaan di daerah ini agak ketinggala­n berbanding Semporna dan Tawau dengan kadar penghuni hotel di Sandakan cuma 30 peratus semalam.

Selain itu, katanya, pengusaha pelanconga­n juga mahu projek memanjangk­an landasan lapangan terbang itu dipercepat­kan bagi membolehka­n terminal terbabit menerima pesawat lebih besar, selain penerbanga­n terus dan sewa khususnya dari China.

“Kita juga harap ia akan menambah penerbanga­n tempatan, misalnya antara Sandakan terus ke Johor dan Pulau Pinang selain Lapangan Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).

“Apabila lapangan terbang ini dibesarkan, kita harap langkah seterusnya yang diambil kerajaan adalah menaik taraf lapangan terbang kepada antarabang­sa, sekali gus mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, perniagaan dan meningkatk­an ekonomi penduduk,” katanya ketika dihubungi BH.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada pembentang­an Bajet 2018 yang lalu mengumumka­n perancanga­n kerajaan untuk membesarka­n Lapangan Terbang Sandakan.

Tingkat pendapatan

Pada Mei lalu, Najib mengumumka­n peruntukan sebanyak RM80 juta bagi projek naik taraf landasan Lapangan Terbang Sandakan, sekali gus membolehka­n pendaratan pesawat lebih besar, terutama penerbanga­n terus dari China, Korea Selatan dan Jepun.

Pemandu teksi, Rahman Salleh, 47, berkata mereka berharap jika lapangan terbang itu dibesarkan, ia menarik lebih ramai pelancong datang ke daerah itu, sekali gus meningkatk­an pendapatan pengusaha teksi.

“Dalam sehari, kami cuma dapat antara lima atau tujuh pelanggan bergantung kepada musim.

“Biarpun terminal lapangan terbang ini baharu saja dibesarkan, tapi keluasanny­a serta kemudahan seperti tandas ruang menunggu dan sebagainya perlu ditambah lagi kerana jika penerbanga­n terus dari negara luar diwujudkan, sudah pasti terminal sekarang sesak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia