Berita Harian

Klinik baharu Kampung Bintawa lebih luas

-

Petra Jaya: Kesesakan di Klinik Ibu dan Anak Kampung Bintawa, di sini bakal berakhir apabila bangunan baharu yang yang lebih luas serta dilengkapi kemudahan perubatan mencukupi dibina, tidak lama lagi.

Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Sarawak, Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, pembinaan klinik baharu itu perlu kerana klinik sedia ada sudah tidak mampu menampung jumlah pesakit yang semakin bertambah.

Beliau berkata, ketika ini klinik yang menawarkan perkhidmat­an perubatan untuk ibu dan kanak-kanak itu yang hanya dikendalik­an oleh dua pegawai perubatan, menerima antara 60 hingga 100 orang pesakit dalam sehari.

“Berikutan ruang klinik sedia ada tidak mencukupi, kerajaan mengusahak­an pembinaan bangunan baharu bagi menggantik­an klinik sedia ada di tapak berdekatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat persekitar­an serta meninjau operasi klinik berkenaan di Kampung Bintawa, di sini, kelmarin.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai berkata, kerja-kerja pembinaan untuk bangunan klinik baharu itu sudah bermula dan dijangka siap tahun depan.

“Dengan siapnya bangunan baharu ini nanti, ia boleh memudahkan lagi pengurusan penduduk setempat terutamany­a mereka yang memerlukan perkhidmat­an perubatan,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya, untuk jangka masa panjang, penduduk kawasan Seberang Hilir yang meliputi Kampung Boyan, Kampung Gersik, Kampung Soerabaya, Kampung Panglima Seman, Kampung Pulo dan Kampung Bintawa tetap memerlukan klinik kesihatan yang lebih besar dengan kelengkapa­n terkini dan mencukupi bagi menampung jumlah penduduk yang semakin meningkat.

 ?? [FOTO MOHD LATIF AHMAD/BH] ?? Dr Abdul Rahman bersama dengan kakitangan Klinik Ibu dan Anak Kampung Bintawa ketika membuat lawatan ke klinik berkenaan, baru-baru ini.
[FOTO MOHD LATIF AHMAD/BH] Dr Abdul Rahman bersama dengan kakitangan Klinik Ibu dan Anak Kampung Bintawa ketika membuat lawatan ke klinik berkenaan, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia