Berita Harian

Jentera Jalinan Rakyat siap sedia hadapi PRU-14

-

Tenom: Jentera Jalinan Rakyat (JR) dan JR Plus peringkat Parlimen Tenom sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Tenom, Datuk Rahmahjan Sulaiman, berkata jentera JR dan JR Plus sudah lama bersedia dan akan terus bergerak jika diperlukan.

“Kami dalam Wanita UMNO Tenom dan jentera JR, JR Plus siap sedia untuk masuk gelanggang pilihan raya. Kami hanya menunggu isyarat sahaja daripada pucuk kepemimpin­an parti,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena majlis pelancaran JR dan JR Plus Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemabong, di Dewan Sri Ontoros, Kemabong, di sini, semalam.

Pelancaran JR dan JR Plus DUN Kemabong disempurna­kan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong yang juga Ketua UMNO Bahagian Tenom, Datuk Rubin Balang.

Yang turut hadir ialah Ahli Parlimen Tenom yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tenom, Datuk Raime Unggi.

Dalam pada itu Rahmahjan berkata, keyakinan Wanita UMNO dan Wanita Barisan Nasional (BN) untuk berdepan pilihan raya bukan retorik, sebaliknya sudah lama melakukan kerja di peringkat akar umbi.

“Gerak kerja kami bukan bermusim, seperti yang diamalkan pembangkan­g, sebaliknya kami sudah lama menabur benih, dan hanya menunggu untuk menuai hasilnya.

“Menerusi program JR juga, kami telah melaksanak­an gerak kerja bersepadu yang menggabung­kan tenaga baharu dan lama dalam sayap UMNO serta komponen BN,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia