Berita Harian

Black angus pilihan tetamu

Ais krim kelapa sajian pencuci mulut tambat selera pengunjung

-

MOleh Zubir Mohd Yunus zubir_yunus@bh.com.my

enjamu selera sambil menikmati pemandanga­n menghijau padang golf. Menikmati hidangan kegemaran dengan menghirup udara segar, sambil mata menjamu pemandanga­n indah, bolehlah berkunjung ke Twenty 7 Restaurant.

Terletak di dalam kawasan rumah kelab, Tropicana Golf & Country Resort,

Jalan Kelab Tropicana, Petaling Jaya, Selangor.

Lebih penting, restoran berkenaan bukan khusus kepada ahli kelab sahaja, sebaliknya dibuka kepada pengunjung luar yang gemar menikmati hidangan Barat.

Restoran baharu menjalani penjenamaa­n semula itu menyajikan masakan Barat kerana kebanyakan pengunjung­nya terdiri daripada pemain golf termasuk pelancong asing terutama dari Eropah, Jepun dan Korea Selatan.

Pun begitu, restoran berkenaan tidak melupakan hidangan tempatan khusus kepada pelancong domestik apabila turut menyediaka­n menu tradisiona­l seperti nasi lemak ayam goreng berempah, laksa kari dan mi goreng mamak.

Aroma pedas menyelerak­an

Penulis pula menggemari mi goreng mamak kerana sajiannya istimewa bertaraf lima bintang. Penyediaan­nya menampilka­n aroma mi goreng mamak yang disediakan gerai mamak di tepi jalan! Maksudnya hidangan berkenaan lebih tulen dan asli, tapi dinikmati dalam suasana hijau yang menyegarka­n.

Walaupun ada hidangan baharu yang diperkenal­kan kepada penulis, namun mi goreng mamak tetap menjadi pilihan, pedas-pedas mamak, itu yang mahal!

Selain hidangan berkenaan, penulis juga menggemari sirloin stik yang disediakan secara separa masak atau medium

done. Dagingnya lembut dan manis. Apabila dinikmati bersama sos lada hitam, keenakanny­a sukar diungkap dengan kata-kata.

Sebaik saja daging masuk ke dalam mulut, pejam mata menghayati kelazatann­ya yang tersendiri. Jangan lupa menikmati hidangan air krim kelapa sebagai pencuci mulut.

Pengurus sajian makanan dan minuman, Abd Razak Omar berkata, pihaknya hanya menggunaka­n daging halal diimport daripada kategori black angus.

Baka lembu hanya makan bijirin

Beliau berkata, lembu baka berkenaan hanya diberi makanan bijiran dalam suhu persekitar­an yang dingin.

Katanya lagi, sekalipun sirloin stik yang dijual di restoranny­a agak mahal, namun pengunjung tidak berkira kerana yang penting hidangan lazat dan segar.

“Menu lain yang digemari di sini ialah texmex nachos, paling popular dalam kalangan pelancong asing.

“Hidangan berkenaan mudah disediakan, cepat dan boleh dinikmati beramai-ramai sebelum mereka beralih kepada menu utama seperti sirloin stik, shang har mein, wanton noodle

dry ataupun gladiator chicken burger,” katanya.

 ??  ?? Aneka jus buah-buahan mampu memberi kesegaran. Twenty 7 Restaurant turut dibuka kepada orang ramai. Abd Razak memperkena­lkan sebahagian menu popular yang terdapat di restoranny­a.
Aneka jus buah-buahan mampu memberi kesegaran. Twenty 7 Restaurant turut dibuka kepada orang ramai. Abd Razak memperkena­lkan sebahagian menu popular yang terdapat di restoranny­a.
 ??  ?? Ais krim kelapa.
Ais krim kelapa.
 ??  ?? Sirloin stik guna daging lembu halal diimport dari Australia.
Sirloin stik guna daging lembu halal diimport dari Australia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia