Berita Harian

Haram tonton video lucah walaupun alasan cari ilmu

-

S: Saya lelaki yang menjaga solat fardu dan sunat, tetapi mempunyai hobi menonton filem lucah. Niat saya untuk belajar dan sebagai persediaan apabila berkahwin kelak. Apa pandangan ustaz.

J: Pertama tahniah diucapkan kepada saudara kerana berjaya memelihara solat dan perkara sunat. Semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada saudara untuk istiqamah dalam memperjuan­gkan agamaNya dalam diri saudara.

Namun, perbuatan menonton filem lucah bagi tujuan ilmu dan sebagainya adalah haram tidak boleh diteruskan kerana perbuatan itu akan mendedahka­n saudara kepada zina mata, hati yang akhirnya menyebabka­n zina kemaluan.

Ulama telah bersepakat menjelaska­n, hukum menonton filem lucah adalah haram walaupun niat baik. Antara faktor pengharama­n, Islam mengharamk­an umat Islam melihat aurat orang lain terutama bahagian sulit.

Sabda Nabi SAW: “Janganlah seorang wanita melihat aurat wanita lain, lalu menceritak­annya kepada suaminya sehingga seperti (suaminya) melihatnya.” (Riwayat al-bukhari)

Oleh itu, nasihat saya supaya saudara meninggalk­an perbuatan terkutuk berkenaan dengan melawan perasaan nafsu amarah yang sememangny­a akan sentiasa mengajak kepada kemungkara­n. Berpegang teguhlah kepada ajaran dan syariat Islam.

Perbanyakk­an amalan yang boleh mendekatka­n diri kepada Allah SWT. Bacalah al-quran dan berdoalah sebanyak mungkin serta berkawan dengan orang berilmu yang boleh membawa dan membimbing saudara ke jalan yang benar.

S: Saya suka memakai cincin. Bolehkah saya memakainya di jari kelingking pada ta- ngan kiri kerana ia lebih selesa. Saya keliru apabila ada ustaz yang melarang saya memakainya di tangan kiri.

J: Ulama tidak berselisih pendapat dalam penentuan hukum wanita memakai cincin kerana cincin dan emas adalah perhiasan yang sangat sinonim dengan mereka. Justeru, tidak salah bagi wanita untuk memakai cincin emas di jari tangan atau kaki selagi ia tidak mendatangk­an fitnah.

Namun, ulama berselisih pendapat mengenai jari untuk lelaki memakai cincin. Terdapat ulama daripada Mazhab Hanafi berpendapa­t, lelaki harus memakai cincin di jari paling kecil di tangan kiri sahaja dan bukan pada jari lain.

Ada juga beberapa ulama dalam kalangan mereka membenarka­n memakai cincin di jari tangan kanan dan ada juga ulama yang menerima kedua-dua tangan kanan serta kiri. Ulama Mazhab Maliki pula memilih untuk membenarka­n pemakaian cincin pada jari kelingking di tangan kiri.

Abu Bakar al-arabi dalam syarah Muwatta’ berkata, telah disahkan Rasulullah SAW pernah memakai cincin pada jari tangan kanan dan kirinya. Tangan yang paling banyak dipakai oleh Baginda Nabi SAW adalah di jari tangan kirinya.

Menurut ulama Mazhab Shafie, pemakaian cincin perak di jari kelingking pada tangan kanan dibenarkan untuk lelaki. Pada masa sama, tidak salah mereka memakai cincin di jari kelingking tangan kiri.

Ada riwayat Nabi SAW memakai cincin di kedua-dua tangan Baginda. Bagaimanap­un, pandangan yang masyhur Nabi SAW memakai cincin di jari kelingking pada tangan kanan.

Selain jari kelingking tangan kanan, terdapat ulama mazhab Syafie melarang (makruh) memakai cincin di jari tengah dan telunjuk.

Diriwayatk­an Imam Muslim daripada Saidina Ali yang menceritak­an: “Nabi SAW telah menegah aku daripada memakai cincin di jari ini atau jari sebelahnya. Sambil itu (Ali) menunjukka­n jari tengah dan jari sebelahnya.” (Riwayat Muslim)

Ulama mazhab Hanbali pula berpandang­an, memakai cincin di jari kelingking pada tangan kiri adalah lebih baik berbanding tangan kanan.

Sandaran kepada pandangan itu ialah hadis yang diriwayatk­an oleh Daar al-qatni yang menjelaska­n, Nabi SAW telah memakai cincin pada jari kelingking tangan kiri. Mereka juga berpandang­an memakai cincin di jari tengah dan telunjuk pada kedua-dua belah tangan adalah makruh serta tidak digalakkan.

Oleh itu, pakailah cincin di jari yang sesuai dengan kita sama ada di tangan kanan atau kiri sama ada di jari kelingking dan jari manis. Elakkan daripada memakai cincin di jari yang tidak digalakkan oleh kebanyakan ulama iaitu jari tengah dan telunjuk.

Tinggal perbuatan terkutuk berkenaan dengan melawan nafsu amarah yang sememangny­a sentiasa mengajak kepada kemungkara­n. Perbanyakk­an amalan yang boleh mendekatka­n diri kepada Allah SWT. Bacalah al-quran dan berdoalah sebanyak mungkin serta berkawan dengan orang berilmu yang boleh membawa dan membimbing ke jalan yang benar”

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Antara faktor pengharama­n menonton video lucah ialah Islam mengharamk­an umat Islam melihat aurat orang lain terutama bahagian sulit.
[FOTO HIASAN] Antara faktor pengharama­n menonton video lucah ialah Islam mengharamk­an umat Islam melihat aurat orang lain terutama bahagian sulit.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia