Berita Harian

Zul Ariffin terasa hati

Zul Ariffin keliru nama diheret dalam kemelut cinta babitkan kekasih dengan pasangan Kamal Adli, Emma Maembong

- Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

Sekian lama menjadi pemerhati dan bungkam biarpun diasak pelbagai persoalan apabila kekasihnya, Zahirah Macwilson dikaitkan sebagai orang ketiga yang memusnahka­n percintaan pasangan pelakon, Kamal Adli dan Emma Maembong, Zul Ariffin akhirnya bersuara meluahkan segala isi hatinya.

Mengakui tertekan apabila namanya terheret sama dalam drama kebudak-budakan yang dicetuskan mereka bertiga, Zul, 31, yang ditemui pada kemuncak malam kelmarin terkilan isu itu tercetus ketika filem Tombiruo dan drama Titian Cinta lakonannya sedang mendapat sambutan.

Lebih sedekad mencipta nama, anak kelahiran Taiping, Perak itu marah apabila isu itu mengganggu fokus kerjanya lantaran mindanya dihambat pelbagai persoalan.

Zul juga mengakui keliru dan tidak memahami apa motif di sebalik isu yang tercetus itu? Ikuti luahan hatinya mengenai isu yang menjadi bualan hangat umum, baru-baru ini.

HIP: Ketika isu ini hangat diperkatak­an, Zul memilih untuk berdiam diri dan tidak memberikan sebarang kenyataan. Mengapa baru kini mahu bersuara? ZUL:

Tidak banyak yang saya tahu mengenai isu ini, kecuali menerusi penjelasan Zahirah. Tidak adil untuk saya memberikan kenyataan dan mengadili siapa betul serta siapa yang salah kerana hanya mereka yang tahu ‘permainan’ ini. Setahu saya, segalagala­nya bermula ketika Kamal dan Zahirah digandingk­an dalam drama Duda Pujaan Dara.

Tetapi bukankah Zul pernah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia