Berita Harian

HARAPAN NIENA

Ceburi bidang kejurulati­han untuk lonjak kerjaya masa depan

- Oleh Haika Khazi

Penjaga gol futsal wanita kebangsaan, Nur Izwani Azman ingin tukar angin

Penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan, Nur Izwani Azman, 30, beri bayangan akan bersara daripada mewakili negara mulai tahun depan bagi memberi tumpuan perhatian kepada tugas sebagai jurulatih sukan futsal pada peringkat akar umbi.

Nur Izwani atau mesra disapa Niena Azman mencuri tumpuan peminat sukan tanah air ketika Sukan SEA Kuala Lumpur lalu, dengan penampilan seperti model dan pelakon filem.

Niena menjelaska­n dia terpanggil untuk menjadi jurulatih selepas melihat pembabitan wanita dalam sukan futsal di Malaysia amat kurang. → Nama: Nur Izwani Azman (Niena Azman) → Tarikh lahir: Oktober 1987 → Umur: 30 tahun → Asal: Johor

Malah, lebih membanggak­an lagi sehingga kini lebih 60 pemain wanita cilik sedang menjalani latihan dan mendapat tunjuk ajar secara terus daripada Niena sama ada di Lee Chong Wei Sport Arena, Jalan Klang Lama dan akademi futsal di Damansara, Selangor.

Cuba nasib di Indonesia

“Saya juga sedang mengintai peluang beraksi di Liga Futsal Indonesia untuk menimba ilmu dan pengalaman sebelum menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas sebagai jurulatih futsal wanita,” katanya yang kini bertugas di Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam (SPA) selepas membantu skuad futsal kebangsaan di Sukan SEA Kuala Lumpur, pada Ogos lalu.

Dalam pada itu, Niena juga memberi bayangan akan menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini pemain gitar utama kumpulan Kristal, Rody, pada tahun depan.

“Saya gembira kerana Rody boleh menerima saya seadanya dan memahami tuntutan tugas sebagai pemain futsal kebangsaan selepas kami mula berkenalan menerusi laman sosial Istagram, kira-kira tujuh bulan lalu,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Nur Izwani dan Muhamad Rodi
Nur Izwani dan Muhamad Rodi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia