Berita Harian

Justin Bieber, Selena Gomez kembali bersatu

Bekas pasangan kekasih tidak lekang senyuman ketika berbasikal

-

Beberapa hari selepas berpisah daripada The Weekend, Selena Gomez dilihat gembira menunggang basikal bersama bekas kekasihnya, Justin Bieber.

Bekas pasangan terkenal itu, yang menjalin hubungan tidak menentu dari 2011 sehingga 2015, tidak lekang dengan senyuman ketika berbasikal di sekitar kawasan di sini.

Ini adalah kali ketiga Gomez dan Bieber dilihat bersama sejak perpisahan dengan bintang R&B, Abel Tesfaye didedahkan Isnin lalu.

Namun sumber memaklumka­n majalah People, penyatuan semula mereka bukan punca perpisahan itu.

“Beliau dan Abel kerap berulang alik selama beberapa bulan sepanjang hubungan mereka.

“Agak sukar kerana Abel kerap mengadakan jelajah dan Selena menjalani penggambar­an di New York. Ia bukan mudah untuk mereka.

“Ketika ini hubungan kedua-duanya sudah berakhir namun masih berhubung,” kata sumber dalaman mengenai hubungan 10 bulan keduanya. Malah, Gomez dilihat masih memakai baju panas Tesfaye.

Pembedahan transplan

Bieber, 23, dan Gomez, 25, terbabit dalam pertikaian di Instagram musim panas lalu selepas Bieber mendedahka­n hubungan baharunya dengan Sofia Richie di media sosial itu.

Namun, menurut pelbagai sumber, Bieber mula menghubung­i penyanyi ‘Wolves’ itu selepas mengetahui mengenai pembedahan transplan buah pinggang dijalaniny­a.

Walaupun mereka tidak sependapat pada masa lalu, Bieber jelas berharap tidak terlambat untuk mengatakan ‘maaf.’

Sumber rapat dengan pasangan itu sebelum ini memberitah­u People: “Justin gembira Selena masih solo. Beliau berharap dapat mendapatka­n semula kepercayaa­nnya supaya mereka boleh bersama semula.”

Walaupun tiada pengumuman rasmi lagi, Bieber jelas berusaha memenangi kembali hati Gomez.

“Banyak yang mengubah mereka sebelum ini. Namun tidak mengejutka­n jika mereka kembali bersama,” kata sumber.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Bieber mahu tawan semula hati Gomez selepas pasangan itu menjalin hubungan tidak menentu dari 2011 sehingga 2015.
Bieber mahu tawan semula hati Gomez selepas pasangan itu menjalin hubungan tidak menentu dari 2011 sehingga 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia