Berita Harian

Selit sogokan dalam pasport

Taktik licik tekong beri sogokan elak ditahan pihak berkuasa

- Laut China Selatan Oleh Ilah Hafiz Aziz

Itu taktik nelayan asing untuk melepaskan diri daripada tindakan. Cubaan menyogok ini disaksikan sendiri wartawan BH yang mengikuti operasi Maritim Malaysia di perairan Laut China Selatan, minggu lalu

Cubaan menyogok dengan menyelitka­n wang tunai di dalam pasport menjadi taktik nelayan asing di perairan negara untuk melepasi pemeriksaa­n dan tindakan pihak berkuasa Malaysia.

Selain wang tunai mencecah ribuan ringgit, nombor telefon ejen turut diselit oleh segelintir tekong ketika menyerahka­n pasport dan permit apabila bot mereka ditahan.

Taktik itu disaksikan sendiri wartawan dan jurugambar BH yang mengikuti operasi Wilayah Maritim Timur (WILTIM) di atas kapal KM Pekan, minggu lalu, apabila seorang tekong kapal nelayan yang cuba merasuah Pegawai Pemerintah KM Pekan, Kapten Robert Teh Geok Chuan.

Guna taktik sama ketika ditahan

Kejadian berlaku ketika KM Pekan sedang membuat penguatkua­saan berdekatan Tanjung Gelang, Kuantan di perairan Laut China Selatan.

Ketika itu, tekong warga Vietnam berusia 40-an menyerahka­n pasport dan dokumen permit penangkapa­n ikan kepada Robert Teh dengan terselit wang tunai kira-kira RM2,000 di dalam pasportnya.

Robert Teh kemudian memeriksa pasport itu dan ‘menunggu’ reaksi tekong berkenaan untuk menyatakan wang itu sebagai sogokan supaya anggota Maritim Malaysia menghentik­an pemeriksaa­n ke atas kapal nelayan berkenaan.

Namun, apabila menyedari kehadiran wartawan dan jurugambar, tekong itu terus mendiamkan diri walaupun berkali-kali ditanya oleh Robert Teh mengenai tujuan sebenar pemberian wang berkenaan.

Mengulas kejadian itu, Robert Teh berkata, situasi sama dilalui penguat kuasa apabila kapal nelayan asing yang ditahan cuba melepaskan diri.

Malah, katanya, beliau sendiri sudah dua kali ditawarkan wang sogokan sepanjang berkhidmat dengan KM Pekan, April lalu.

Ejen sindiket antarabang­sa

“Kali pertama saya pernah ditawarkan RM3,000 dan kedua RM1,000 oleh nelayan asing yang melakukan kesalahan awak-awak tiada permit dan menunda pukat ganding yang dilarang.

“Mereka ini cukup licik kerana akan mendiamkan diri, sebaliknya mahu kita faham-faham sendiri dan mengambil wang itu, namun semuanya terpulang kepada integriti kita,” katanya.

Katanya, setiap kali melalui penga-

Situasi sama dilalui penguat kuasa apabila kapal nelayan asing yang ditahan cuba melepaskan diri” Robert Teh Geok Chuan, Pegawai Pemerintah KM Pekan

laman itu beliau akan melaporkan­nya kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kemaman, Terengganu untuk tindakan lanjut.

BH difahamkan, jumlah wang yang ditawarkan kepada penguat kuasa di laut adalah kecil namun ia menjadi sogokan lebih besar sekiranya menghubung­i nombor telefon dipercayai ejen tempatan yang diselitkan itu.

Ejen berkenaan juga dipercayai bertindak sebagai orang tengah kepada sindiket antarabang­sa dipercayai bertanggun­gjawab untuk menguruska­n segala berkaitan perikanan di darat, termasuk tindakan undang-undang yang dikenakan ke atas nelayan asing.

 ??  ?? Antara hasil tangkapan yang dirampas daripada bot nelayan asing ketika Operasi Khas Maritim Malaysia di perairan Kuantan.
Antara hasil tangkapan yang dirampas daripada bot nelayan asing ketika Operasi Khas Maritim Malaysia di perairan Kuantan.
 ??  ?? Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia memeriksa hasil laut yang dirampas di Pangkalan Maritim Kemaman, Terengganu.
Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia memeriksa hasil laut yang dirampas di Pangkalan Maritim Kemaman, Terengganu.
 ??  ?? Anggota Maritim merampas sotong yang telah siap dikeringka­n dan dibungkus daripada bot nelayan asing.
Anggota Maritim merampas sotong yang telah siap dikeringka­n dan dibungkus daripada bot nelayan asing.
 ??  ?? Antara kapal nelayan asing yang ditahan ketika Operasi Khas Maritim Malaysia.
Antara kapal nelayan asing yang ditahan ketika Operasi Khas Maritim Malaysia.
 ??  ?? Kapten Maritim Robert Teh Geok Chuan menunjukka­n wang yang diselitkan tekong warga asing dalam pasport ketika melakukan pemeriksaa­n di sebuah kapal nelayan dalam operasi Maritim Malaysia, minggu lalu.
Kapten Maritim Robert Teh Geok Chuan menunjukka­n wang yang diselitkan tekong warga asing dalam pasport ketika melakukan pemeriksaa­n di sebuah kapal nelayan dalam operasi Maritim Malaysia, minggu lalu.
 ??  ??
 ?? [FOTO ROSDAN WAHID/BH] ??
[FOTO ROSDAN WAHID/BH]
 ??  ?? Sotong yang sudah dikeringka­n disimpan dalam bot sebelum dijual ke negara jiran.
Sotong yang sudah dikeringka­n disimpan dalam bot sebelum dijual ke negara jiran.
 ??  ?? Anggota Maritim menggeleda­h nelayan asing yang ditahan. bot
Anggota Maritim menggeleda­h nelayan asing yang ditahan. bot
 ??  ?? Munir Mohd Nawi
Munir Mohd Nawi
 ??  ?? Sotong yang ditangkap terus dikeringka­n awak-awak warga asing di atas kapal untuk diseludup ke negara jiran.
Sotong yang ditangkap terus dikeringka­n awak-awak warga asing di atas kapal untuk diseludup ke negara jiran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia