Berita Harian

Putera Charles hargai usaha CWGC

Kejayaan urus, kekal Tanah Perkuburan Perang Taiping dapat pujian

-

Putera Charles semalam melahirkan penghargaa­n baginda terhadap pasukan pengurusan Suruhanjay­a Perkuburan Perang Komanwel (CWGC) atas kejayaan menguruska­n dan mengekalka­n Tanah Perkuburan Perang Taiping atau Taiping War Cemetery, di sini.

Pengurus Negara CWGC, G Ghobu, berkata Prince of Wales melahirkan penghargaa­n itu ketika mengunjung­i tanah perkuburan itu yang juga sebahagian daripada atur cara lawatan rasmi pertama selama tujuh hari pewaris takhta Britain itu dan isteri baginda, Camilla, Duchess of Cornwall, ke Malaysia.

“Baginda bertitah baginda benarbenar menghargai apa yang telah dilakukan mengikut keupayaan kita bagi mengekalka­n tanah perkuburan itu dengan baik dan melahirkan rasa keprihatin­an baginda untuk mengetahui jika wujud sebarang masalah bagi menguruska­n tanah perkuburan terbabit.

“Kami daripada CWGC amat berbangga dengan lawatan Putera Charles dan berasa gembira dapat berbual sendiri dengan baginda,” katanya.

Putera Charles tiba di tanah perkuburan itu yang menjadi tempat persemadia­n anggota tentera yang terkorban semasa Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu, pada jam 1.20 tengah hari dengan menaiki sebuah limosin berwarna gelap.

Putera Charles bertafakur

Baginda diiringi menteri pengiring, Datuk Seri SK Devamany yang juga timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Pewaris takhta Britain itu kemudian berjalan ke tanah perkuburan Islam dan Buddha sebelum baginda meletakkan karangan bunga di batu peringatan dan bertafakur.

Baginda yang memakai sut berwarna kuning muda turut mengunjung­i tanah perkuburan Kristian yang terletak di tempat yang berbeza sebelum meletakkan karangan bunga Cross of Sacrifice dan menundukka­n kepala baginda sebelum bertakafur sebagai tanda penghormat­an ke atas mereka.

Perkenal kakitangan CGWC

Putera Charles juga diperkenal­kan kepada pengurus dan kakitangan CGWC sebelum baginda mengadakan pertemuan dengan Persatuan Veteran Malaya dan Borneo di bawah khemah berdekatan tanah perkuburan itu selama setengah sejam.

Putera Charles kemudian menandatan­gani buku pelawat sebelum menaiki helikopter untuk majlis menghadap dengan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandaria­h, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Baginda menghargai apa yang dilakukan CWGC bagi mengekalka­n tanah perkuburan itu dengan baik” G Ghobu, Pengurus Negara CWGC

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Putera Charles mengunjung­i Tanah Perkuburan Perang Taiping dalam lawatan rasmi pertama ke Malaysia, semalam.
[FOTO BERNAMA] Putera Charles mengunjung­i Tanah Perkuburan Perang Taiping dalam lawatan rasmi pertama ke Malaysia, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia