Berita Harian

Tuduhan pihak pembangkan­g tak logik, cuba perbodoh rakyat

-

Kuala Lumpur: Berang dengan pembangkan­g yang tidak putus-putus mendakwa kerjasama Malaysia-china adalah bagi menjual kedaulatan negara, Datuk Seri Najib Razak menyifatka­nnya sebagai ‘tindakan orang bodoh yang cuba memperbodo­hkan rakyat’.

Malah, Perdana Menteri dengan tegas meluahkan kemarahann­ya terhadap tuduhan itu, sambil menyifatka­n tuduhan terbabit adalah tidak logik, mengarut serta menipu rakyat.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata hubungan Malaysia dan China di bawah pentadbira­nnya tidak akan sesekali menjejaska­n kedaulatan negara.

“Bodoh punya kerja! Saya taklah terlalu bodoh untuk menipu Malaysia. Ini tanah air kita yang berdaulat,” katanya berucap merasmikan Perhimpuna­n Agung Tahunan MCA di Wisma MCA di sini, semalam.

Jawab tuduhan pembangkan­g

Beliau menjawab tuduhan pembangkan­g kononnya menerusi hubungan baik dengan China, Malaysia menjual kedaulatan melalui pembanguna­n Taman Perindustr­ian Kuantan di Pahang, Forest City di Johor dan beberapa projek lain bersama negara kuasa besar itu.

Najib berkata, pembangkan­g mendesak perjanjian itu dikaji semula kerana kononnya boleh menjejaska­n kedaulatan negara, sedangkan dakwaan itu tidak logik dan jelas usaha mengeliruk­an rakyat.

“Mereka kata (projek) Taman Perindustr­ian Kuantan, orang Malaysia tidak boleh masuk (berniaga). Bodoh! Anda fikir Kuantan Industrial Park orang Malaysia tak boleh masuk? Pergi ke Forest City, cerita macam-macam.

“Itu semua tanah tebus gunalah, bukan tanah Johor. Tanah tebus guna sebahagian­nya dijual kepada pihak luar negara, manakala sebahagian lagi kepada orang tempatan.

“Anda fikir mentaliti orang Malaysia begitu bodoh hingga tak boleh berfikir sendiri?” katanya sambil disambut tepukan gemuruh hadirin termasuk Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan pemimpin parti komponen BN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia