Berita Harian

‘Masyarakat Cina jangan buang masa sokong DAP’

PM minta rakyat buat keputusan bijak undi BN pada PRU-14

- Oleh Rohaniza Idris dan Ahmad Suhael Adnan

Datuk Seri Najib Razak mengingatk­an masyarakat Cina agar jangan membuang masa dengan menyokong DAP kerana parti itu tidak mempunyai wakil dalam kerajaan yang boleh mengubah nasib mereka.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata untuk memastikan kerajaan mendengar suara orang Cina, sokongan perlu diberikan kepada wakil kerajaan dengan mengundi BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

“Realitinya sekarang dengan kemenangan yang besar DAP (di Parlimen), parti itu masih tidak dapat menubuhkan kerajaan,” katanya berucap merasmikan Perhimpuna­n Agung Tahun MCA Ke-64 di Wisma MCA di sini, semalam.

Najib berkata, pilihan terletak di tangan pengundi sendiri sama ada mahu wakil mereka kuat dalam kerajaan atau sebaliknya, malah MCA masih diberi tiga jawatan menteri walaupun hanya menang tujuh kerus pada PRU lalu.

“Kerajaan ambil berat suara dan keperluan komuniti Cina. Jadi, untuk PRU akan datang, saya mahu MCA menang sekurang-kurangnya 15 kerusi jika masyarakat Cina mahu wakil mereka yang lebih ramai dalam kerajaan,” katanya.

Ketika ini, katanya masyarakat Cina menuntut banyak perkara termasuk penambahan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), tetapi tidak mahu mengundi BN.

Tambah lagi kerusi

“Ini mana masuk akal, ada orang merungut kata UMNO dapat macam-macam. UMNO menang, malah tambah lagi kerusi, jadi saya bagi lebih (jawatan dalam kerajaan). Kalau hendak lebih, maka bagi undi kepada BN,” katanya.

Justeru, beliau menasihat orang Cina tidak buang masa dengan DAP kerana pemimpinny­a, Lim Kit Siang hipokrit kerana kini boleh bekerjasam­a dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dulu didakwa mereka sebagai diktator.

“Dulu (Dr Mahathir) pernah memenjarak­an mereka. Kalau hari ini, Dr Mahathir peluk (kerjasama) Kit Siang, satu hari nanti mungkin tak peluk, sebab dia (Dr Mahathir) selalu buat uturn”, katanya.

Beliau turut mengingatk­an komuniti perniagaan Cina untuk terus menyokong kerajaan kerana sepanjang 60 tahun BN mentadbir negara, banyak kemudahan dan peluang dinikmati komuniti berkenaan.

Katanya, kerajaan bukan sekadar memberi kontrak, malah konsesi perniagaan seperti dinikmati syarikat Genting, Public Bank dan YTL Group termasuk projek pembinaan MRT kerana Malaysia berjaya kerana berkongsi kekayaan bersama.

Mengenai dakwaan kerajaan tidak mengumumka­n peruntukan bagi pembinaan tambahan 10 SJKC dan enam sekolah yang dipindahka­n, katanya, kerajaan sedang mengenal pasti tapak sekolah dan selepas itu, baru boleh mengenal pasti peruntukan.

 ?? [FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN/BH] ?? Najib bersama Tiong Lai serta barisan pimpinan tertinggi MCA pada Perhimpuna­n Agung Tahunan MCA di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN/BH] Najib bersama Tiong Lai serta barisan pimpinan tertinggi MCA pada Perhimpuna­n Agung Tahunan MCA di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia