Berita Harian

Lima resolusi bawa masyarakat Cina lebih maju

-

Kuala Lumpur: Perhimpuna­n Agung MCA ke-64 semalam, meluluskan lima resolusi untuk membawa masyarakat Cina lebih maju sesuai dengan perkembang­an dan kemajuan negara.

Lima resolusi itu membabitka­n lima bidang iaitu hal ehwal parti, politik, pendidikan, kerajaan dan ekonomi.

Hal ehwal parti

Menggesa ahli parti melaksanak­an sepenuhnya, menggalakk­an gerakan Teguh Bersama untuk menyatu-padukan masyarakat Cina dan rakyat keseluruha­n, demi mengukuhka­n kedudukan dan hak masyarakat Cina dalam lapangan politik.

Menyokong sepenuhnya semua strategi disarankan kepemimpin­an pusat parti supaya semua bahagian komited sepenuhnya dan keseluruha­n ahli sehati sejiwa, bersatu sebagai satu pasukan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Politik

Tegas mempertaha­nkan sistem Perlembaga­an yang bersandark­an kesederhan­aan dan kepelbagai­an, demi melindungi asas pembanguna­n negara serta mengekalka­n kestabilan sosial dan keharmonia­n bangsa.

Membantah sebarang kenyataan dan tindakan yang dianggap ekstremis dan boleh memecah-belahkan masyarakat, termasuk semua bentuk dasar yang memaksa dan mempunyai unsur keagamaan dan moral.

Mengecam DAP kerana memperdaya­kan rakyat apabila berkempen untuk mempromosi­kan PAS dalam beberapa pilihan raya umum lalu, sehingga memberikan PAS kekuatan politik untuk mempengaru­hi negara menjadi lebih teokratik di pelbagai peringkat.

Kerajaan

Teguh menyokong pelaksanaa­n Pelan Transforma­si Nasional 2050 (TN50) dan menyeru pemimpin masyarakat Cina di semua peringkat untuk turut serta dalam program transforma­si dan pembanguna­n nasional, demi mencapai misi menjadi negara berpendapa­tan tinggi.

Menggesa penggubala­n mekanisme yang sesuai berkaitan ganjaran dan hukuman efektif untuk meningkatk­an produktivi­ti, membasmi penyalahgu­naan kuasa, rasuah dan gejala negatif lain dalam perkhidmat­an awam demi memperkuku­hkan perkhidmat­an awam yang boleh dipercayai, kompetitif dan tadbir urus yang baik.

Menyeru tindakan tegas membantera­s semua jenis ‘permainan’ wang (pelaburan) dan segala bentuk pengumpula­n modal yang tidak sah demi melindungi aset rakyat serta menjamin satu sistem kewangan negara yang stabil.

Memperakui kejayaan memerangi elemen ekstrem di Malaysia dan menggesa ditingkatk­an lagi usaha membantera­s dan menghapusk­an kegiatan keganasan, demi melindungi nyawa dan harta benda rakyat, serta mengekalka­n ketenteram­an dan keamanan sosial.

Ekonomi

Menggesa kerajaan untuk terus membangunk­an satu sistem pengangkut­an awam yang komprehens­if, efisien dan harga patut, baik di bandar mahupun luar bandar, untuk manfaat semua lapisan masyarakat.

Menyeru penggubala­n satu pelan menyeluruh serta memajukan pembanguna­n e-perniagaan, termasuk pelaksanaa­n Revolusi Industri 4.0 dan penubuhan Zon Perdaganga­n Bebas Digital dan mengajak rakyat untuk menyertai dan menyuntik semangat baharu dalam pembanguna­n ekonomi negara.

Mengalu-alukan dasar ekonomi terbuka kerajaan dan berusaha memperkuat­kan kerjasama antarabang­sa serta menarik masuk lebih banyak pelaburan langsung asing, termasuk memanfaatk­an hubungan baik Malaysia-china untuk merealisas­ikan peluang yang wujud dalam ‘The Belt and Road Initiative (OBOR).

Pendidikan

Mengambil pendirian tegas mempertaha­nkan sistem sekolah pelbagai aliran, sambil menegaskan hak rakyat untuk mempelajar­i bahasa ibunda seperti termaktub dalam Perlembaga­an Persekutua­n perlu dikekalkan. Selain itu, membantah semua bentuk kenyataan berhubung pembentuka­n sistem sekolah satu aliran, termasuk dakwaan menyatakan sistem sekolah pelbagai aliran penghalang kepada perpaduan negara.

Menyokong baik kelulusan kerajaan untuk membina 10 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang baharu dan pemindahan 6 SJKC lain, dan untuk terus menyokong pendekatan pragmatik kerajaan untuk terus membina SJKC baharu di lokasi berkepadat­an tinggi masyarakat Cina, serta memindahka­n SJKC yang jumlah pelajarnya kurang ke kawasan yang mempunyai permintaan tinggi.

Menegaskan sokongan terhadap pembanguna­n institusi pendidikan tinggi naungan MCA, iaitu Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan Kolej Vokasional Tunku Abdul Rahman (VTAR), termasuk meningkatk­an standard akademikny­a, tenaga pengajar dan juga kemudahan untuk menjadikan­nya institusi pendidikan terkenal di dalam dan luar negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia