Berita Harian

4.30 pagi redah sungai elak lewat ke sekolah

Pelajar harapan SMK Sandakan tak patah semangat capai impian

- Oleh Poliana Ronnie Sidom poliana@bh.com.my

Sejak 10 tahun lalu, Saskina Deraman, 17, dari penempatan atas air Kampung TB Ward, di sini mengharung cabaran menaiki bot antara 10 hingga 15 minit setiap hari demi mengejar ilmu.

Biarpun jarak antara rumah dan sekolahnya kurang dua kilometer, anak kedua daripada tujuh beradik itu perlu bangun seawal jam 4.30 pagi setiap hari agar dapat mengelak sebarang masalah yang boleh menyebabka­nnya lewat tiba di sekolah seperti hujan atau terjatuh ke sungai serta air surut yang melambatka­n pergerakan bot.

Ia cabaran perlu dilalui Saskina kerana rumahnya yang dipisahkan muara sungai dengan tanah besar dan tiada kemudahan jambatan penghubung di kawasan setinggan itu.

Mahu jadi doktor

Saskina yang menyimpan hasrat menjadi doktor antara 230 calon di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sandakan yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), hari ini.

Bagaimanap­un, cabaran dihadapi Saskina berkuranga­n sejak sebulan lalu selepas mereka sekeluarga berpindah dan menumpang rumah ibu saudaranya di Kampung Batu Putih, dekat sini apabila rumah mereka dirobohkan dalam operasi bersepadu dilancarka­n Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS).

Pelajar harapan sekolah itu yang mendapat 10A dalam Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3) pada 2015 dan 9A dalam percubaan SPM yang lalu berkata, meskipun tidak lagi menaiki bot ke sekolah, bapanya, Deraman Damsah, 37, hilang sumber pendapatan kerana kedai runcit yang diusahakan secara kecil-kecilan turut dirobohkan.

Hidup dalam kebimbanga­n

Katanya, kemiskinan keluarga serta hidup dalam keadaan bimbang jika rumah dirobohkan itu menyebabka­nnya bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh dan mengikut jejak langkah kakaknya yang melanjutka­n pelajaran dalam jurusan asasi sains hayat di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

“Pendapatan bapa cuma sekitar RM800 sebulan, tapi sekarang terpaksa berhentika­n perniagaan selepas rumah kami dirobohkan.

“Saya harap boleh dapat keputusan cemerlang dalam SPM dan lanjutkan pengajian ke universiti dalam bidang perubatan.

“Saya mahu bantu bapa ubah kehidupan keluarga supaya boleh memiliki rumah sendiri, tidak lagi tinggal di kawasan setinggan,” katanya kepada BH.

Saskina berkata, beliau bersyukur kerana tidak perlu lagi menaiki bot berbanding ketika menghadapi PT3 dan percubaan SPM yang lalu.

Katanya, ketika tinggal di kawasan setinggan, beliau bukan saja berdepan risiko keselamata­n ketika menaiki bot, malahan terlewat ke sekolah terutama jika waktu peperiksaa­n boleh mengganggu prestasiny­a.

Saya mahu bantu bapa ubah kehidupan keluarga supaya boleh memiliki rumah sendiri, tidak lagi tinggal di kawasan setinggan” Saskina Deraman, Calon SPM

 ?? [FOTO POLIANA RONNIE SIDOM/BH] ?? Saskina mengharung cabaran menaiki bot antara 10 hingga 15 minit dari penempatan atas air Kampung TB Ward, Sandakan setiap hari untuk ke sekolah.
[FOTO POLIANA RONNIE SIDOM/BH] Saskina mengharung cabaran menaiki bot antara 10 hingga 15 minit dari penempatan atas air Kampung TB Ward, Sandakan setiap hari untuk ke sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia