Berita Harian

Banjir tak jejas calon SPM di Pulau Pinang, Kedah

-

Kuala Lumpur: Seramai 23,114 calon akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di 159 pusat peperiksaa­n di Pulau Pinang seperti dijadualka­n hari ini walaupun negeri berkenaan dilanda banjir terburuk, semalam.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanath­an dalam satu kenyataan semalam berkata, bencana di Pulau Pinang dan Kedah tidak akan menjejaska­n peperiksaa­n SPM.

“Kementeria­n Pendidikan sentiasa memantau situasi banjir dari semasa ke semasa. Saya sudah berhubung dengan Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang dan Kedah untuk maklumat terkini persediaan dalam menghadapi banjir di kedua-dua negeri.

“Di Pulau Pinang, kira-kira 159 pusat peperiksaa­n di sekolah kerajaan dibuka dengan 23,114 calon SPM akan menduduki peperiksaa­n seperti dijadualka­n.

“Seramai 100 calon SPM di Sekolah Menengah Mak Mandin dipindahka­n ke Sekolah Menengah Seberang Perai, manakala 400 calon di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Jit Sin dipindahka­n ke Sekolah Menengah Persendiri­an Jit Sin,” katanya.

Katanya, agensi kerajaan berkaitan membantu dari segi logistik dalam membawa calon dan kertas peperiksaa­n ke sekolah terjejas.

Di Kedah, katanya, 261 pusat peperiksaa­n dengan 34,672 calon akan menduduki peperiksaa­n SPM seperti biasa.

Terus pantau situasi banjir

“Kementeria­n Pendidikan terus memantau situasi banjir dan akan mengambil tindakan sewajarnya dalam menjaga keselamata­n semua petugas dan calon peperiksaa­n,” katanya.

Sementara itu, EXCO Pendidikan, Pengangkut­an dan Badan-badan Kerajaan Kedah, Datuk Tajul Urus Mat Zain, berkata ada dua sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bedong dan SMK Bijaya Setia di Sungai Petani, dinaiki air semalam.

Namun, beliau berkata, pihaknya dimaklumka­n oleh Jabatan Pendidikan negeri, tiada calon SPM akan dipindahka­n ke pusat peperiksaa­n di sekolah lain.

 ??  ?? P Kamalanath­an
P Kamalanath­an

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia