Berita Harian

Perak tetap pertahan pemerintah­an beraja: Zamry

- Cercaan dan penghinaan yang dibuat terhadap institusi ini, diwarnai dan dibayangi oleh kemaruk siasah yang melampau” Zambry Abd Kadir, Menteri Besar Perak

Kuala Kangsar: Kerajaan Perak tegas untuk terus mempertaha­nkan pemerintah­an beraja daripada sebarang usaha atau tindakan mana-mana pihak untuk mengubah sistem berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata penegasan itu dinyatakan kerana sudah wujud unsur dan dakyah yang mula memperleke­hkan keutuhan institusi kesultanan.

“Cercaan dan penghinaan yang dibuat terhadap institusi ini, diwarnai dan dibayangi oleh kemaruk siasah yang melampau.

“Laku yang sedemikian, dapat ditafsir sebagai cubaan untuk memakzulka­n (menurunkan) Raja-raja daripada pemerintah­an,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan tahniah dan taat setia di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, pada majlis pengurniaa­n darjah kebesaran sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda ke-61 di Istana Iskandaria­h di sini, semalam.

Janji taat setia

Zambry berkata, rakyat dan kerajaan negeri berikrar akan terus mempertaha­nkan dan menjanjika­n kesetiaan terhadap kesultanan Perak selagi syarak menjadi sandaran pemerintah­an sesuai dengan pegangan ‘negeri bersultan, rakyat beraja’.

Beliau juga berkata, sepanjang lima tahun mandat pemerintah­an diberikan, kerajaan negeri berjaya menyediaka­n lebih 40,000 rumah mampu milik melalui pembinaan oleh kerajaan dan swasta.

Pada masa sama, katanya, lebih 50,000 anak Perak mendapat peluang pekerjaan melalui program pemadanan kerja Pusat Kerjaya Amanjaya (PEKA).

“Yayasan Bina Upaya pula terus gigih mendayakan kudrat, membantu rakyat dan golongan berpendapa­tan rendah, yang telah memanfaatk­an lebih 500,000 penerima bantuan dan perkhidmat­an yang disediakan.

“Dalam pembanguna­n modal insan, 104,000 anak negeri daripada kalangan keluarga yang berpendapa­tan sederhana dan rendah sudah dibantu melalui dermasiswa one off’ bagi melanjutka­n pelajaran, bermula peringkat persijilan hingga ijazah,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia