Berita Harian

Tiada kompromi anggota polis lindungi sindiket judi

TPM beri amaran tindakan keras jika penguat kuasa bersekongk­ol

- Oleh Hardi Effendi Yaacob

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tiada kompromi dengan mana-mana anggota dan pegawai polis atau agensi penguatkua­saan lain, yang bersekongk­ol dalam sindiket perjudian haram.

Timbalan Perdana Menteri berkata, jika benar dakwaan ada anggota dan pegawai penguat kuasa meminta wang perlindung­an bagi melindungi sindiket perjudian haram, pihaknya akan siasat dan mengambil tindakan keras terhadap mereka.

Negara bebas sarang judi

“Kita tidak akan ‘beri muka’ atau berkomprom­i dalam hal sebegini kerana ia boleh menjejaska­n usaha membersihk­an negara dari menjadi sarang perjudian haram,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat Ibu Pejabat Polis Kontingen (IPK) Sarawak di sini semalam.

Ahmad Zahid diiringi Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Masir Kujat dan Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sarawak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim.

Beliau mengulas laporan media mengenai kewujudan ‘orang tengah’ yang menjadi dalang

Kita tidak akan berkomprom­i kerana ia boleh menjejaska­n usaha membersihk­an negara dari menjadi sarang judi haram” Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri

utama sindiket perjudian haram di negara ini, malah didakwa membayar RM500,000 hingga RM3 juta sebulan kepada penguat kuasa agar tidak ‘mengganggu’ kegiatan mereka.

Perangi sindiket judi

Ahmad Zahid berkata, Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) menyokong penuh usaha pemerkasaa­n integriti dilaksanak­an Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dalam kalangan anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM), khusus bagi memerangi sindiket perjudian haram.

Sementara itu, beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, isu kewarganeg­araan membabitka­n rakyat Sarawak yang masih belum memiliki Mykad dan Mykid akan diselesaik­an segera KDN melalui Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia