Berita Harian

Kerajaan Pusat terus komited pastikan Sarawak maju

Peruntukan pada Bajet 2018 bukti kesejahter­aan semua rakyat jadi keutamaan

- Petra Jaya Oleh Mohd Roji Kawi dan Muhd Amirul Faiz Ahmad

Kerajaan Persekutua­n dan Sarawak akan terus berganding­an menyediaka­n pelbagai kemudahan untuk rakyat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerjasama itu membabitka­n pelbagai projek pembanguna­n khususnya dalam aspek pendidikan yang akan meningkatk­an taraf hidup rakyat negeri ini pada masa depan.

Beliau berkata, ini jelas dibuktikan dengan keprihatin­an Kerajaan Persekutua­n memperuntu­kkan RM1 billion bagi membangunk­an sekolah usang walaupun mulanya kerajaan negeri berhasrat menggunaka­n wang Bank Pembanguna­n Sarawak (DBOS) untuk melaksanak­an projek itu.

Ahmad Zahid berkata, sebelum itu beliau mengadakan perbincang­an dengan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berhubung keperluan membaiki sekolah usang di Sarawak dan dimaklumka­n kerajaan negeri akan menggunaka­n wang daripada DBOS RM1 bilion untuk tujuan itu. “Bagaimanap­un, pada 27 Oktober lalu (pembentang­an Bajet 2018), Perdana Menteri mengumumka­n peruntukka­n RM1 bilion daripada Kerajaan Persekutua­n untuk membangunk­an sekolah usang, yang bermakna Sarawak tidak perlu lagi menggunaka­n wang DBOS,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Program Ekspresi Negaraku di Dataran Perayaan Petra Jaya di sini, semalam.

Sabah turut terima faedah

Selain Abang Johari, program yang disertai lebih 5,000 penduduk Kuching itu dihadiri Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Ahmad Zahid berkata, keprihatin­an Kerajaan Persekutua­n itu bukan sahaja dinikmati Sarawak, malah Sabah turut menerima faedahnya apabila Najib mengumumka­n peruntukan dalam jumlah sama untuk membangunk­an sekolah usang di negeri berkenaan.

“Ini membuktika­n peruntukan kerajaan bukan hanya untuk Semenanjun­g dan bukan soal Sabah for Sabahan atau Sarawak for Sarawakian, tetapi hasrat kerajaan adalah kesejahter­aan untuk seluruh rakyat Malaysia.

Manifestas­i kepedulian kerajaan

“Kesenangan, keharmonia­n dan kesejahter­aan bukan datang dari langit, tetapi adalah hasil kepemimpin­an baik yang mendapat sokongan seluruh rakyat, diwarisi dan diperjuang­kan bukan untuk masa tertentu sahaja, tetapi yang lebih penting adalah untuk dipupuk dan dipelihara selama-lamanya,” katanya.

Katanya lagi, program Ekspresi Negaraku yang dianjurkan kerajaan itu adalah manifestas­i kepedulian kerajaan kepada seluruh kaum, tanpa mengira bangsa, agama, atau warna kulit.

“Paling utama ia bukan sekadar ucapan retorik, sebaliknya semua pelaksanaa­n kerajaan diusahakan dengan gigih untuk semua,” katanya.

 ??  ??
 ?? [FOTO NADIM BOKHARI/BH] ?? Persembaha­n Pentarama dari Jabatan Penerangan di gerai pameran pada majlis Perasmian Ekspresi Negaraku di Kuching, semalam.
[FOTO NADIM BOKHARI/BH] Persembaha­n Pentarama dari Jabatan Penerangan di gerai pameran pada majlis Perasmian Ekspresi Negaraku di Kuching, semalam.
 ??  ?? Orang ramai mengibar bendera Jalur Gemilang ketika menyambut ketibaan Ahmad Zahid dan Abang Johari.
Orang ramai mengibar bendera Jalur Gemilang ketika menyambut ketibaan Ahmad Zahid dan Abang Johari.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia