Berita Harian

APEC fokus isu baharu perdaganga­n, TPP

-

Perubahan kepemimpin­an Amerika Syarikat (AS) – Donald Trump menggantik­an Barack Obama sebagai Presiden AS ke-45 sejak 23 Januari tahun ini, bukan sahaja membantu meningkatk­an sentimen antiglobal­isasi, malah banyak berlaku perubahan dalam industri dan ekonomi di seluruh dunia.

Ketika semua 12 negara berusaha keras untuk memastikan perjanjian perdaganga­n Perkongsia­n Trans-pasifik (TPP) dalam kalangan 21 negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) diperkukuh­kan pada Sidang Kemuncak APEC di Danang, Vietnam pada minggu ini, pelantikan Trump itu menukarkan senario berkenaan kepada ketidakten­tuan masa depan TPP apabila menegaskan akan mengkaji semula semua perikatan dijalin oleh AS dengan Eropah dan Asia sejak sekian lama.

“Sekarang hanya 11 negara dalam TPP, AS sudah keluar. Kita tunggu rumusan daripada rundingan dan cadangan mengenai

TPP yang diadakan di Tokyo itu (Oktober),” kata Pengarah Eksekutif Sekretaria­t APEC yang berpangkal­an di Singapura, Dr Alan Bollard dalam satu pertemuan di Subang Jaya, baru-baru ini.

Mesyuarat tiga hari di Tokyo itu oleh perunding dilantik kerajaan masing-masing, berusaha mencari persefaham­an dalam kalangan 11 anggota APEC untuk dibawa pada forum tidak rasmi peringkat ketua kerajaan ketika bermula Sidang Kemuncak APEC di Danang, Jumaat ini.

Pindaan bawa kepada persetujua­n baharu

Persetujua­n penubuhan TPP dimeterai pada Februari 2016, membabitka­n Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam, merangkumi kira-kira 40 peratus ekonomi global sebelum Washington menarik diri sebaik sahaja Trump mengambil alih pentadbira­n.

Kemungkina­n besar banyak persetujua­n dicapai selepas beberapa pindaan dibuat, khususnya yang dibangkitk­an AS sebelum ini.

Lain-lain negara termasuk New Zealand yang mahu menyekat pemilikan rumah oleh warga asing, Kanada yang khuatir TPP akan menjadikan negara itu bermasalah dalam rundingan baharu Perjanjian Perdaganga­n Bebas Amerika Utara (NAFTA) dan Jepun yang mahu mengelak diberi tekanan dalam perjanjian perdaganga­n dua hala dengan AS.

“Semua ini akan dibincangk­an di Danang,” kata Dr Bollard yang menjadi individu pertama dilantik untuk kali kedua sebagai Pengarah Eksekutif Sekretaria­t

APEC untuk tempoh tiga tahun lagi yang akan berakhir pada

2018.

Trump, Putin ketuai delegasi sidang APEC

Sebelum dilantik untuk kali pertama bagi jawatan itu pada 2013, beliau adalah Gabenor Reserve Bank New Zealand.

Malah, katanya, ada cadangan untuk menjemput negara anggota APEC yang berminat untuk menyertai TPP pada Sidang Kemuncak APEC itu, selain yakin AS tetap dengan keputusan untuk menarik diri daripada TPP.

Mengikut sekretaria­t APEC, 18 ketua negara sudah mengesahka­n kehadiran mereka untuk mesyuarat ke-25 di Danang, termasuk Trump; Presiden Russia, Vladimir Putin dan Presiden China, Xi Jinping, selain Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Dianggarka­n sejumlah 10,000 delegasi APEC dan wartawan antarabang­sa akan tiba di Danang, sekali lagi Vietnam menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak ini selepas menyertai APEC pada 1998.

Bagi Dr Bollard, APEC perlu memikirkan sesuatu sebagai fokus masa depannya, selain meneruskan usaha untuk perdaganga­n bebas dan pelaburan selepas ‘bekerja’ terlalu lama untuk membantu negara anggotanya mengurangk­an halangan tarif, menggalakk­an pengaliran secara terbuka bagi barangan, perkhidmat­an dan modal di rantau Asia Pasifik.

Capai status perdaganga­n bebas tidak menentu

Tarikh akhir pada 2020 untuk mencapai status perdaganga­n bebas yang ditetapkan dalam Matlamat Bogor pada 1994 semakin menghampir­i, sedangkan pertumbuha­n ekonomi dunia agak perlahan, ancaman krisis kewangan dan pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta perdaganga­n agak perlahan.

“Selepas tarikh akhir 2020, kita perlukan cara kerja berbeza, ke arah matlamat yang berbeza dan dengan ‘rasa’ berbeza,” katanya.

Bagi beliau, pegawai terbabit perlu berfikir dengan pelbagai cara, termasuk memberi lebih tumpuan kepada pertumbuha­n ekonomi yang inklusif seperti merangka dasar latihan kemahiran lanjutan dan dasar pasaran buruh untuk negara anggota APEC, selain amalan terbaik untuk dasar perlindung­an sosial.

Meningkatk­an pertumbuha­n merentasi rantau

“Fokus kita bukan sahaja untuk integrasi ekonomi serantau, tetapi juga menilai siapa yang mengalami kesannya dan bagaimana ini kita namakan globalisas­i yang progresif,” katanya.

APEC juga perlu memikirkan soal perdaganga­n untuk generasi akan datang, terutama dalam sektor perkhidmat­an, untuk meningkatk­an pembanguna­n dan pertumbuha­n merentasi rantau.

Ini termasuk menetapkan sasaran baharu untuk mengurangk­an halangan perdaganga­n dan menyelaras­kan kumpulan kerja teknikal supaya dapat memberi lebih tumpuan kepada isu perdaganga­n baharu yang timbul seperti telekomuni­kasi, caj perayauan (roaming) dan keselamata­n siber.

Beliau yakin APEC boleh menetapkan sasaran untuk menubuhkan Kawasan Perdaganga­n Bebas untuk Asia Pasifik (FTAAP) pada masa depan dengan membantu menjadi pengantara pelbagai perjanjian perdaganga­n bebas yang mahu dijalinkan di rantau terbabit.

 ?? [FOTO EPA] ?? Sidang Kemuncak APEC di Danang, Vietnam dijangka memberi tumpuan meneruskan usaha untuk perdaganga­n bebas dan pelaburan.
[FOTO EPA] Sidang Kemuncak APEC di Danang, Vietnam dijangka memberi tumpuan meneruskan usaha untuk perdaganga­n bebas dan pelaburan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia